KUALA PILAH – Barisan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan menyaksikan kemasukan enam muka baharu sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), manakala Datuk Ismail Lasim kekal sebagai Menteri Besar.
Pelantikan membabitkan empat wakil Barisan Nasional (BN) dan dua daripada Perikatan Nasional (PN) itu berlangsung dalam Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Exco di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, di sini, hari ini.
Empat ADUN BN yang menganggotai barisan Exco baharu ialah ADUN Kota, Suhaimi Aini, ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, ADUN Senaling, Mohamad Qayyum Abd Jalil dan ADUN Repah, Koh Kim Swee.
Dua lagi wakil PN ialah ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad dan ADUN Bagan Pinang, Abdul Fatah Zakaria.
Pelantikan itu memperlihatkan penyertaan enam wakil baharu dalam barisan pentadbiran negeri susulan kemelut politik yang melanda Negeri Sembilan sebelum ini.
Berikut senarai enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang dilantik:
- ADUN Kota, Suhaimi Aini (BN).
- ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (BN).
- ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad (PN).
- ADUN Bagan Pinang, Abdul Fatah Zakaria (PN).
- ADUN Senaling, Mohamad Qayyum Abd Jalil (BN).
- ADUN Repah, Koh Kim Swee (BN).
Foto: Utusan



