PRK Nenggiri: Pilih calon terbaik, boleh bawa pembangunan

KOTA BHARU – Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri perlu memilih calon terbaik yang mampu membawa perubahan serta pembangunan, seterusnya memberikan masa depan lebih baik untuk rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penggundi di kawasan itu perlu memilih calon yang disokong dan bersama dengan kerajaan persekutuan yang mampu merealisasikan hasrat itu.

“Kita berharap kesilapan memilih calon yang kemudian ‘u-turn’ dan lebih baik kita pilih calon yang betul-betul menyokong kerajaan (Pusat). Yang ini bukan menyokong belah sana tetapi ‘u-turn’ maka terjadi pilihan raya ini.

“Oleh itu, lebih baik kita memilih calon yang disokong kerajaan supaya kejadian seperti itu juga tidak berulang selain dapat memudahkan dalam membawa pembangunan serta perubahan buat rakyat,” katanya.

Belau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Kontraktor Generasi Baru di Hotel Grand Renai di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz.

Dalam pada itu katanya, semua agensi terlibat berperanan terutama untuk mencapai kejayaan di DUN Nenggiri pada PRK tidak lama lagi.

“Kita mempunyai agensi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), dan agendi kerajaan pusat terlibat berperanan penting untuk membangunkan Nenggiri,”‘katanya.

DUN Nenggiri bagaimanapun mempunyai 20 pusat daerah mengundi (PDM) antaranya lima melibatkan Orang Asli iaitu di Tohoi, Sungai Puian, Sungai Jenera, Sungai Wias dan Pos Simpor.

Related Posts

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

KUANTAN – Keputusan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menarik balik sijil halal dimiliki dua syarikat berpengalaman luas dan terbabit secara langsung dalam industri penyediaan makanan di negeri ini dilihat sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

BINTANGOR – Penyelewengan 5,030 liter diesel terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sarikei menyerbu sebuah premis di Sungai Medor, di sini pada Khamis. Tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000