Pelabur gembira tiada lagi amalan 20 peratus – PMX

RATA-RATA pelabur yang melabur di Malaysia gembira susulan tidak perlu lagi membayar komisen kepada kroni tertentu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan, tiada mana-mana pihak boleh menafikan amalan komisen 20 peratus itu pernah berlaku di Malaysia dan pemansuhan amalan itu selain dasar tatakelola serta gerakan menentang rasuah oleh kerajaan menjadi salah satu faktor syarikat luar negara memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

“Soal tatakelola dan gerakan menentang rasuah tentunya menjadi salah satu faktor syarikat melabur sebab yakin tidak perlu ada komisen apabila datang melabur, tidak perlu ada 20 peratus untuk syarikat-syarikat kroni.

“Kebanyakan syarikat yang baru melabur dan pernah melabur sebelum ini menyatakan mereka bangga tidak ada lagi syarat tersebut,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) apakah kesan positif kejayaan Malaysia bertegas dengan isu tatakelola dan rasuah terhadap pelaburan ke Malaysia.

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, kejayaan membendung amalan membayar komisen 20 peratus kepada kroni mempercepatkan proses pelaburan di Malaysia.

Malah katanya, kejayaan itu telah menyaksikan penjimatan dana dalam jumlah yang besar yang akan diperlihatkan dalam pembentangan Belanjawan 2025 Jumaat ini.

“Dalam ketegasan kita terhadap rundingan terus dan tender yang lebih telus menyebabkan kos dapat dikurangkan. Sebab itu kita harus tegas dan teruskan.

“Adakah ia mudah? Tidak. Memang dihargai rakan-rakan kita di Pakistan dan Bangladesh, tetapi saya terima kenyataan ia tidak mudah kerana apa juga tindakan terhadap `jerung-jerung’ ini mesti akan menimbulkan reaksi,” katanya.

Anwar berkata, reaksi negatif itu berlaku disebabkan kekuatan dan jaringan oleh pihak terlibat memperalatkan kekuatan dana dan jaringan media, sistem politik serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyerang tindakan kerajaan.

“Jadi setiap kali ambil tindakan semuanya dikatakan tindakan politik termasuk yang ada RM200 juta atau RM5 juta di rumah semua dikatakan tindakan politik.

“Apakah tindakan kita menentang rasuah ini memadamkan semua yang simpan RM5 juta atau RM6 juta juga di rumah tanpa alasan,” katanya.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda