Malaysia tetap pertahan kedaulatan Laut China Selatan, tak tutup ruang perbincangan – Anwar

MALAYSIA tidak akan berganjak daripada tuntutan dan pendirian mempertahankan kedaulatan Laut China Selatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tegas mempertahankan kebebasan Laut China Selatan mengikut Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unclos) 1982.

Beliau bagaimanapun berkata, Malaysia tidak pernah menutup ruang perbincangan dengan mana-mana negara berhubung perkara itu.

“Pendekatan sentralisasi Asean melalui rundingan dan dialog tetapi Malaysia tidak berganjak daripada tuntutan dan pendirian kita tentang kawasan milik Malaysia.

“Sebab itu penerusan cari gali oleh Petronas termasuk kawasan Kasawari diteruskan walaupun dibangkitkan oleh negara China, kita kata kita teruskan tetapi tidak pernah menutup ruang untuk berbincang dengan mana-mana negara,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai strategi Malaysia untuk memanfaatkan saluran diplomasi sebagai Pengerusi Asean 2025 dalam menyelesaikan isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

BATU PAHAT – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan penguasaan teknologi, pengukuhan nilai kemanusiaan serta penolakan terhadap politik perpecahan kaum dan agama ketika menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

BATU PAHAT – Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimuktamadkan dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pengerusi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha