Shazalli Ramly dilantik Penasihat Media dan Komunikasi Strategik PMO

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Penasihat Media dan Komunikasi
Strategik berkuatkuasa 14 Oktober 2024.

“Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan pelantikan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Penasihat Media dan Komunikasi Strategik berkuatkuasa 14 Oktober 2024 bagi menggantikan Allahyarham Rozaid Rahman.

“Beliau yang ketika ini berkhidmat sebagai Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad akan turut memantau urusan media dan komunikasi
Perdana Menteri.

“Beliau juga akan ditugaskan untuk menambahbaik pelaksanaan kempen Malaysia Madani,” kata kenyataan PMO itu pada Selasa.

Mohammed Shazalli memegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada St. Louis University, Missouri, Amerika Syarikat (AS) dan Sarjana Muda Sains (Pemasaran) daripada Indiana University Bloomington, AS.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

BATU PAHAT – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan penguasaan teknologi, pengukuhan nilai kemanusiaan serta penolakan terhadap politik perpecahan kaum dan agama ketika menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

BATU PAHAT – Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimuktamadkan dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pengerusi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha