Banjir Sungai Siput, terburuk selepas 10 tahun

SUNGAI SIPUT – “Ini banjir yang terburuk berlaku sekali lagi selepas 10 tahun.”

Rintihan penduduk Kampung Lintang, di sini, yang menyifatkan kejadian banjir yang melanda kediaman mereka pada Ahad merupakan antara yang terburuk selepas kejadian hampir sama pernah berlaku kali terakhir pada tahun 2014.

Banjir tersebut berlaku disebabkan peningkatan air Sungai Pelus sehingga menyebabkan penempatan sekitar kawasan sungai tersebut dinaikki air terlalu pantas sekitar jam 5 pagi pada Ahad.

Antara perkampungan yang teruk terjejas adalah Kampung Pulau Mentimun, Kampung Lintang, Kampung Felda Lasah dan beberapa perkampungan Orang Asli iaitu di Kampung Orang Asli Jong dan Kampung Orang Asli Chenein.

Seorang penduduk, Awie Kechik, 22, mendakwa rumah Mesra Rakyat milik keluarganya yang baharu siap kira-kira 3 bulan lalu di Kampung Felda Lasah turut dinaiki air separuh rumah tanpa sempat menyelamatkan barangan rumah.

“Rumah Mesra Rakyat ini baharu siap kira-kira 3 bulan lalu. Segala peralatan termasuk perabot juga baharu.

“Tapi nak buat macam mana, kejadian berlaku pantas dan tidak sempat untuk memindahkan barang,” katanya yang turut menyatakan ramai lagi penduduk yang senasib dengannya.

Manakala ujar Sharifah Zunairah Al-Idyrus, 50, banjir kali ini adalah yang terburuk selepas tahun 2014.

“Tahun 2014, kejadian seperti ini pernah berlaku. Walaupun selepas itu, ada juga bencana, namun tidak seteruk kali ini.

“Kali ini banjir besar, laluan utama dari pekan ke Kampung Felda Lasah tidak boleh dilalui akibat air naik melimpahi Jambatan Sungai Pelus,” katanya.

Malah kejadian berlaku ketika penduduk sedang nyenyak tidur menyebabkan mereka hanya sempat mencapai dokumen penting selain bergegas meredah air menyelamatkan diri.

Sementara itu, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun, sebanyak 30 keluarga dari dua perkampungan masyarakat Orang Asli di sini, terputus hubungan dalam kejadian banjir yang melanda perkampungan mereka.

Menurut beliau, usaha membawa semua mangsa melibatkan anggaran 100 orang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong berhadapan kesukaran ekoran laluan masuk turut dinaiki air.

“Penduduk Orang Asli di dua kampung tersebut terputus hubungan dengan pihak luar ekoran tidak boleh keluar, jadi bantuan untuk masuk juga sedikit sukar.

“Buat sementara waktu ini, mereka menggunakan dewan kampung, namun saya dimaklumkan keadaan dan kemudahan di dewan tersebut serba kekurangan,” katanya kepada pemberita ketika meninjau keadaan banjir di sini, pada Ahad.

Mohd Zolkafly yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak berkata, satu pelan tindakan sedang diatur bersama jabatan dan agensi terlibat.

Jelas beliau antara agensi terlibat adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan penduduk Orang Asli yang terjejas banjir mendapat bantuan sewajarnya.

“Jentera-jentera saya juga turut sama turun bagi membantu mangsa-mangsa terlibat di seluruh kawasan Sungai Siput Utara ini yang terkena bencana banjir,” tambahnya.

Jumlah mangsa banjir di Perak terus meningkat selepas empat buah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka di daerah Kuala Kangsar setakat jam 6 petang pada Ahad.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan berkata, empat buah PPS dibuka di Daerah Kuala Kangsar bagi menempatkan mangsa banjir sekitar Sungai Siput sejak pagi hingga petang tadi.

Empat PPS yang dibuka melibatkan Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Baru Lintang, DOR Sekolah Kebangsaan (SK) Lasah, Dewan Pandak Hamzah, Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) RLKT Lasah sekitar Sungai Siput.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda