
SEJAK mengambil alih pentadbiran kerajaan pada November 2022, PMX menunjukkan kredibiliti pemimpin berkualiti tinggi. Benarlah kata orang, Allah beri apa yang kita perlu, bukan sekadar apa yang kita mahu.
Dulu, sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim, hampir saban waktu kita tertunggu-tunggu, kerajaan akan runtuh atau tidak, Perdana Menteri akan bertukar lagi? Namun tidak selepas Anwar menjadi Perdana Menteri, Malaysia memasuki era pemulihan dan kestabilan.
Seawal pertengahan 2025 dan sepanjang 2026, dunia berdepan krisis, terutamanya Asia Tengah. Namun di tengah-tengah konflik tersebut, Malaysia kekal berdaya tahan, malah terus memacu pertumbuhan ekonomi yang signifikan. Malaysia is the rising star, menurut laporan Reuters.
Menolak ketepi unsur politik berlebihan, indikator-indikator ekonomi Malaysia menunjukkan tanda positif dan memberangsangkan.
KDNK negara meningkat ke 6.0% pada suku kedua 2026, berbanding 5.2% pada tahun 2025. Ini fakta, tak percaya buat semakan sebelum membuat tuduhan.
KDNK meningkat, pengangguran berkurang daripada 3.2% kepada 3.0%. Kedua indikator ini bergerak selari. Bermaksud, limpahan ekonomi bukan di atas kertas sahaja, ianya turun ke lapisan masyarakat.
Di saat Rupiah terus menjunam, Ringgit pula mengukuh sekitar 17% sejak awal 2024.
Ini bermaksud pelaburan dan keyakinan terhadap Malaysia kukuh tanpa dipengaruhi sentimen domestik semata-mata, buktinya?
Aliran masuk pelaburan asing ke pasaran hutang mata wang tempatan mencapai AS$6.5 bilion pada 2025, tertinggi dalam tempoh empat tahun.
Tapi harga barang mahal, ya, kenaikan harga barang memang berlaku.
Pada awal artikel, telah dinyatakan bahawa dunia berdepan krisis, termasuk konflik bekalan tenaga akibat perang di Asia Barat. Namun, basket inflasi menunjukkan penurunan daripada 1.8 peratus pada 2024 kepada 1.4 peratus pada 2025.
Jika pencapaian kerajaan Anwar adalah penipuan, data-data daripada indikator ini tidak akan bergerak selari. Itu fakta.
Jadi suka ataupun tidak, Malaysia ialah negara kita, kita harus akui dan syukuri, negara ini berada pada landasan yang tepat, dipimpin oleh orang yang tepat pada waktu yang tepat.
Malaysia adalah the rising star sekarang.
Hebatnya percaturan Allah, Dia memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dirgahayu negaraku.
*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)



