Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

PUTRAJAYA – Mengapa perkataan ‘bodoh’ lebih mengundang kemarahan berbanding persoalan mengenai rasuah, integriti dan budaya mengagungkan golongan elit?

Itulah persoalan yang dibangkitkan mahasiswa Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit yang mempertahankan kenyataannya selepas mencetuskan polemik nasional berhubung tindakan menderma wang bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membayar denda mahkamah.

Berikutan kecaman yang diterimanya, Ummi Umairah menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kerana berpendirian bahawa menderma wang hasil titik peluh kepada golongan elit merupakan perbuatan yang disifatkannya sebagai “paling bodoh dan paling tidak bermoral”.

Menurut beliau, reaksi masyarakat terhadap pertanyaannya kepada pemimpin UMNO memperlihatkan bagaimana perdebatan mengenai isu substantif boleh beralih kepada pertikaian tentang pemilihan kata-kata.

“Saya berpegang dengan soalan saya. Saya tidak akan memohon maaf. Kerana menderma wang hasil titik peluh kepada golongan elit, itu adalah perkara yang paling bodoh dan paling tidak bermoral,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ummi Umairah berkata, maklum balas yang diterimanya sejak soalan itu dikemukakan adalah sangat luar biasa dan mencetuskan perbualan nasional, namun beliau kecewa terhadap reaksi sebahagian masyarakat, termasuk buli siber, obsesi politik dan mentaliti feudal.

Menurutnya, perhatian sebahagian masyarakat lebih tertumpu kepada ungkapan ‘paling bodoh’ dan nama Najib, sedangkan isu feudalisme, rasuah, fakta serta data yang cuba diketengahkan seolah-olah diketepikan.

“Perhatikan apa yang disorot, ‘paling bodoh’ dan ‘Najib Razak’, sementara ‘feudalisme’, ‘rasuah’, ‘fakta’ dan ‘data’ diabaikan.

“Itu menunjukkan sesuatu bahawa sebahagian masyarakat belum sedar akan kritikan ini. Mereka hanya tercetus emosi dengan perkataan yang didakwa tidak beradapan,” katanya.

Ummi Umairah turut mempertahankan penggunaan perkataan ‘bodoh’ dengan menjelaskan bahawa kritikan terhadap sesuatu perbuatan tidak semestinya bermaksud penghinaan terhadap individu yang melakukannya.

“Menyifatkan sesuatu perbuatan sebagai bodoh bukanlah satu kesalahan undang-undang. Ia perkataan yang kuat untuk perbuatan yang di luar jangkaan akal.

“Menyifatkan sesuatu perbuatan sebagai bodoh tidak sama dengan menyifatkan seseorang itu bodoh,” katanya.

Dalam forum terbuka bersama pemimpin Umno Khairy Jamaluddin dan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi baru-baru ini, Ummi Umairah mempersoalkan tindakan orang ramai menderma bagi membantu bekas perdana menteri Najib Razak membayar denda mahkamah berjumlah RM50 juta.

Khairy memuji soalan itu dan menjawab bahawa yang salah tetap salah, sambil memberi amaran bahawa pemimpin Islam yang mengkhianati amanah akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan.

Sementara itu, beliau turut menolak tanggapan bahawa pendiriannya selektif dan tetap akan menegur tindakan kerajaan sebagai semak dan imbang jika wujud kelompangan dalam sesuatu isu.

“Saya tidak pernah memilih-milih. Saya hadir di demonstrasi membantah Azam Baki. Saya bersuara menentang ketidaksamaan peluang di universiti saya. Saya lantang sejak hari pertama,” katanya, merujuk kepada bekas ketua pesuruhjaya SPRM itu.

Ummi Umairah turut menyuarakan kebimbangan terhadap tahap pemikiran kritis dalam masyarakat.

“Orang membaca, tetapi tidak berfikir, tidak menyelidik dan tidak memahami. Konteks diputarbelitkan.

“Saya berharap lebih ramai menemui keberanian untuk bersuara mengenai rasuah dan integriti, tanpa rasa takut,” katanya.

Klip video sesi itu kemudian tular dan mengundang kecaman di media sosial, termasuk komen berbaur ugutan terhadap mahasiswa berkenaan.

Sidang kemuncak tiga hari yang dikenali sebagai iFuture 2026 itu berlangsung pada 11 hingga 13 Okt di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Ia dianjurkan Jabatan Pendidikan Tinggi dan menghimpunkan 1,231 pemimpin pelajar.

Related Posts

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

SEPANG – Seorang peniaga dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan membuat komen bersifat jelik di Facebook terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Peniaga, Muhammad Zubair…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

BALI – Malaysia dan Indonesia bersetuju memperkukuh kerjasama antara agensi bagi menangani isu keselamatan dalam talian kanak-kanak, dengan pertemuan bersama Singapura dirancang pada Disember ini. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal