Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran kekal rendah pada 3.0 tahun lalu berbanding 3.2 pada 2024 tidak mencerminkan sepenuhnya landskap pasaran buruh negara.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, landskap pasaran buruh semasa perlu dilihat bersekali dengan indikator lain, seperti komposisi pekerjaan mahir dan kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran.

Menurut beliau, keadaan itu menunjukkan cabaran pasaran buruh bukan sekadar memastikan rakyat mendapat pekerjaan, sebaliknya turut melibatkan kesesuaian pekerjaan dengan kelayakan, kemahiran dan ganjaran yang diterima.

“Bagi tahun 2025, komposisi pekerja mahir mencatatkan 30.1 peratus, manakala kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran adalah sebanyak 35.6 peratus.

“Angka ini menunjukkan bahawa terdapat isu struktur dalam pasaran buruh dan berlaku situasi di mana terdapat individu, termasuk dalam kalangan graduan yang bekerja di bawah kelayakan dan menerima gaji yang rendah.

“Dalam bahasa kebanyakan, isu ini disebut sebagai ketidaksepadanan pekerjaan (job mismatch),” katanya dalam jawapan bertulis di dalam laman sesawang Parlimen, pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PH Merbok, Mohd Nazri Abu Hassan yang meminta menteri menyatakan adakah kementerian bersetuju bahawa kadar pengangguran 3.0 peratus sahaja tidak menggambarkan sepenuhnya keadaan pasaran pekerjaan sekiranya semakin ramai rakyat terpaksa menerima pekerjaan bergaji rendah atau bekerja di bawah kelayakan mereka bagi menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, bagi menangani ketidaksepadanan pekerjaan, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) memberi tumpuan kepada industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV), terutama yang dipacu oleh inovasi, pendigitalan, penggunaan teknologi termaju dan aktiviti berintensiti pengetahuan.

“Langkah ini akan menyumbang kepada sasaran kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran kepada 30 peratus, gaji penengah bulanan sebanyak RM3,500 dan komposisi tenaga kerja mahir kepada 35 peratus pada tahun 2030,” katanya.

Menyedari cabaran dalam pasaran buruh, Akmal Nasrullah memaklumkan, kerajaan giat melaksanakan reformasi ke atas pasaran buruh sebagaimana digariskan dalam RMK13.

“Inisiatif yang dilaksanakan, termasuklah mempercepat penyelarasan gaji bagi mengurangkan jurang gaji dan meningkatkan bahagian pampasan pekerja (CE) serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, bermatlamat untuk memastikan rakyat mendapat pekerjaan dengan gaji yang bermaruah.

“Selain itu, kerajaan juga akan terus berusaha dalam meningkatkan gaji pekerja melalui pelaksanaan Dasar Gaji Progresif, Perintah Gaji Minimum serta gaji kehidupan wajar (living wage) bagi menangani kos sara hidup,” katanya.

Related Posts

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

CADANGAN Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melabur RM750 juta bagi membina kediaman siswa di enam universiti awam bukan isu besar kerana pelaburan itu berpotensi menjana pulangan kepada dana persaraan penjawat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadangan undang-undang anti-Ali Baba dibawa ke Parlimen tahun depan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang membentangkan cadangan penggubalan undang-undang baharu atau pindaan peruntukan sedia ada bagi membendung amalan rent-seeking atau Ali Baba di Parlimen tahun depan. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

  • By Fatin
  • October 15, 2026
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen