KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

CADANGAN Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melabur RM750 juta bagi membina kediaman siswa di enam universiti awam bukan isu besar kerana pelaburan itu berpotensi menjana pulangan kepada dana persaraan penjawat awam.

Pemerhati ekonomi, Syahir berkata, persoalan mengenai penggunaan dana KWAP bagi projek itu dibangkitkan beberapa Ahli Dewan Rakyat ketika perbahasan Belanjawan 2027, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Langkah berkenaan dengan alasan KWAP sepatutnya memberi tumpuan kepada pengembangan dana bagi memastikan keupayaannya membayar pencen penjawat awam pada masa hadapan, bukannya bertindak sebagai bank pembangunan untuk membiayai infrastruktur kerajaan.

“Bagaimanapun, penelitian terhadap rekod pelaburan KWAP menunjukkan dana itu telah lama terlibat dalam pembiayaan infrastruktur kerajaan, termasuk sekolah, kuarters dan pejabat kerajaan.

“Pada 2011, KWAP melabur RM3.963 bilion bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang melabur RM6.037 bilion, dalam syarikat Pembinaan PFI II bagi membiayai 591 projek infrastruktur awam.

“Justeru, penglibatan KWAP dalam pelaburan infrastruktur awam bukan perkara baharu, malah telah berlangsung sejak kira-kira dua dekad lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Syahir, pulangan kepada KWAP diperoleh menerusi bayaran pajakan aset infrastruktur kerajaan kepada Pembinaan PFI II, dengan dana itu menerima kira-kira RM553 juta dalam tempoh empat tahun antara 2018 hingga 2021.

Mengulas cadangan pembinaan kediaman siswa pula, Syahir berkata, KWAP turut mempunyai pengalaman melabur dalam hartanah khusus untuk penginapan pelajar di luar negara, terutama di United Kingdom.

Katanya, antara 2018 hingga 2020, KWAP melabur sebanyak £129.1 juta atau kira-kira RM756 juta bagi membeli empat hartanah kediaman pelajar di Birmingham, Edinburgh, Leeds dan Sheffield.

Pelaburan itu menyediakan 1,060 katil untuk pelajar dan dilaporkan menjana pulangan hasil sekitar lima hingga 5.5 peratus.

“Takkan boleh melabur dalam hartanah luar negara untuk kediaman pelajar tetapi di Malaysia tidak boleh?

“Projek berkenaan bukan berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) atau pelaburan tanpa pulangan, sebaliknya berpotensi menjana hasil menerusi bayaran sewa atau pajakan oleh universiti kepada KWAP,” katanya.

Beliau turut membandingkan cadangan berkenaan dengan pelaburan lain yang didakwanya berdepan masalah, termasuk pinjaman RM4 bilion kepada SRC International pada 2011 serta pelaburan RM163.4 juta dalam syarikat eFishery.

Related Posts

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran kekal rendah pada 3.0 tahun lalu berbanding 3.2 pada 2024 tidak mencerminkan sepenuhnya landskap pasaran buruh negara. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, landskap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadangan undang-undang anti-Ali Baba dibawa ke Parlimen tahun depan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang membentangkan cadangan penggubalan undang-undang baharu atau pindaan peruntukan sedia ada bagi membendung amalan rent-seeking atau Ali Baba di Parlimen tahun depan. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

  • By Fatin
  • October 15, 2026
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen