Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

BENTONG – Seramai 300 pengusaha ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2, berhampiran FELDA Chemomoi, di sini, merayu campur tangan Sultan Pahang, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyelesaikan kemelut tanah diusahakan mereka sejak 14 tahun lalu.

Rayuan itu dibuat selepas mereka mendakwa kawasan berkenaan bakal diambil alih susulan pemberian hak memungut hasil tanaman atau ‘tapping right’ kepada sebuah syarikat swasta.

Ketua Pengusaha Ladang Chemomoi Hutan Simpan Kemasul 2, M Tamilchelvam, 65, berkata, perkembangan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peladang kerana hasil tanaman berkenaan menjadi sumber utama pendapatan keluarga.

“Kami merayu Tuanku mendengar rintihan kira-kira 300 pengusaha yang selama ini bergantung hidup kepada hasil tanah berkenaan.

“Di sebalik tanah yang kami usahakan, ada keluarga dan anak-anak yang masih bersekolah. Inilah sumber rezeki kami untuk meneruskan kehidupan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di FELDA Chemomoi di sini, hari ini.

Tamilchelvam berkata, kawasan berkenaan sebelum ini didakwa diluluskan untuk pembangunan RISDA pada 2008, namun sebahagiannya tidak dimajukan kerana keadaan bentuk muka bumi berbukit dan berbatu.

Katanya, penduduk mula membersihkan dan menanam kelapa sawit di kawasan itu pada 2012 menggunakan modal serta tenaga sendiri.

“Setiap pengusaha hanya memohon kira-kira tiga hingga empat ekar tanah melalui Pejabat Tanah Bentong, namun sehingga kini kami masih belum menerima keputusan rasmi.

“Kami kemudian dimaklumkan kawasan berkenaan sudah diwartakan semula sebagai hutan simpan pada 2020 dan sebuah syarikat didakwa mendapat kelulusan ‘tapping right’.

“Kami tidak mahu bergaduh atau melanggar undang-undang. Kami hanya meminta penjelasan rasmi dan penyelesaian yang adil,” katanya.

Tamilchelvam menjelaskan, penduduk turut berharap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dapat mempertimbangkan nasib pengusaha dan mengadakan pertemuan rasmi bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Sementara itu, Ainnilhayah Yahaya, 37, berkata dia sedih mengenangkan nasib bapanya, Yahaya Embi, 66, yang mengusahakan kawasan berkenaan sejak 2012.

“Semua hasil titik peluh ayah saya daripada membuka jalan, membersihkan kawasan sehingga menanam sawit, semuanya dilakukan sendiri.

“Tiba-tiba kami mendapat tahu syarikat lain diberikan kebenaran mengambil hasil tanaman itu.

“Kalau perlu memohon ‘tapping right’, kami juga bersedia berbuat demikian, tetapi kami tidak pernah mendapat penjelasan mengenai perkara itu,” katanya.

Pengusaha dikenali sebagai T Siva , 39, berkata mereka bukan menolak undang-undang, sebaliknya kecewa apabila permohonan tanah dikemukakan sejak 2012 masih belum mendapat keputusan.

“Kami anak jati Pahang. Kami juga mahu membayar cukai hasil dan mengusahakan tanah secara sah.

“Kenapa permohonan kami masih dalam proses, tetapi syarikat lain pula dikatakan mendapat kelulusan?

Setakat ini, dakwaan mengenai pemberian hak memungut hasil serta status permohonan tanah berkenaan belum mendapat pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan.

Related Posts

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

KOTA KINABALU – Penganjuran The Big Sabah Car Show 2026 berpotensi menjadi antara acara pelancongan utama Sabah menjelang Tahun Melawat Sabah 2027 (Visit Sabah 2027), sekali gus merancakkan ekonomi tempatan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

KOTA KINABALU – Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan peralatan pemantauan prestasi mampu meningkatkan keberkesanan latihan serta pembangunan bakat muda bola sepak Sabah. Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu