Tiada pekerja Pos Malaysia akan diberhentikan, bukti kerajaan prihatin kesejahteraan rakyat

PUTRAJAYA – Majlis Gabungan Kesatuan Sekerja Pos (MGKP) menyambut baik hasrat kerajaan untuk tidak berhentikan pekerja Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) walaupun syarikat itu akan mula mengadaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam perkhidmatan.

Pengerusi MGKP, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, komitmen itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan pekerja dalam era transformasi digital, tanpa menjejaskan peluang pekerjaan sedia ada.

Menurut beliau, tindakan yang dilaksana itu membuktikan peralihan teknologi tidak akan mengorbankan kebajikan pekerja, sebaliknya digunakan bagi mempertingkatkan kecekapan dan memperluaskan rangkaian perkhidmatan Pos Malaysia.

“Walaupun penggunaan teknologi dalam operasi Pos Malaysia adalah langkah positif untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan, ianya perlu diselaraskan dengan memastikan semua pekerja mendapat manfaat daripada perubahan tersebut.

“Oleh itu, kami mencadangkan agar pihak syarikat dapat menyediakan program latihan berstruktur yang melibatkan konsep peningkatan kemahiran seperti
reskilling (pemahiran semula) dan upskilling (peningkatan kemahiran),” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Semalam, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberi jaminan, walaupun Pos Malaysia disaran mencari solusi terbaik untuk memastikan kemajuan perkhidmatan, tiada sesiapa daripada 18,000 pekerjanya perlu diberhentikan.

Fahmi yang juga merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan menjelaskan, penggunaan AI tidak akan menggantikan manusia di Pos Malaysia, sebaliknya ia bertujuan memantapkan penggunaan tenaga kerja.

Mengulas lanjut, Mohd Effendy berkata,
‘reskilling’ dilihat penting bagi membantu pekerja menguasai kemahiran baru yang mungkin diperlukan apabila teknologi seperti AI, robot, dan dron diterapkan demi memastikan mereka bersedia untuk melaksanakan tugasan baharu.

Manakala, katanya, ‘upskilling’ pula memberi peluang kepada pekerja mempertingkatkan kemahiran sedia ada, yang dapat meningkatkan produktiviti dan kebolehan mereka dalam mengendalikan teknologi baru, selain memastikan kelangsungan syarikat dalam menghadapi cabaran industri.

“MGKP juga komited bekerjasama rapat dengan syarikat bagi memastikan pelaksanaan teknologi baharu berjalan lancar. Kami percaya melalui dialog terbuka dan perbincangan berterusan antara MGKP, pihak syarikat, pengurusan serta kerajaan, kita dapat mencapai keseimbangan terbaik antara inovasi teknologi dan kebajikan pekerja.

“Kerjasama terbabit adalah penting untuk memastikan bahawa semua perubahan dilakukan dengan adil dan mengambil kira pandangan serta kebajikan pekerja,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Effendy berkata, pihaknya menyeru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memastikan persaingan adil dalam industri kurier, agar pengguna dapat membuat pilihan berdasarkan keperluan, tanpa sebarang sekatan atau dimonopoli oleh mana-mana pihak.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkeranian Pos Malaysia Semenanjung Malaysia (UPCW) itu menegaskan keperluan pengawalan kewujudan syarikat kurier dikawal dengan baik bagi mengelakkan lambakan sehingga mengakibatkan persaingan tidak sihat, selain menjejaskan kualiti perkhidmatan dan kedudukan pekerja dalam industri tersebut.

“Menerusi pengawalan rapi dan seimbang, sektor kurier dapat berkembang secara mampan dengan mengambil kira kebajikan pekerja dan keperluan pelanggan, serta mampu memastikan pihak terlibat dalam industri kurier mempunyai tahap profesionalisme tinggi, selain menawarkan perkhidmatan mematuhi standard yang telah ditetapkan.

“MGKP ingin mengingatkan bahawa penggunaan teknologi tidak seharusnya hanya ditumpukan kepada peningkatan kecekapan operasi, tetapi juga perlu dilihat sebagai peluang untuk meningkatkan taraf hidup pekerja melalui penambahbaikan dalam persekitaran kerja dan peluang peningkatan kerjaya.

“Kami percaya bahawa melalui kerjasama yang erat antara pihak majikan, kerajaan, kesatuan pekerja, serta syarikat dan pengurusan, kita dapat mencapai keseimbangan antara kemajuan teknologi dan kesejahteraan pekerja,” katanya.

Related Posts

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

PUTRAJAYA – Tiada perbincangan berhubung gesaan supaya diwujudkan undang-undang khusus bagi memastikan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, pada Rabu. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan diberikan masa untuk menyediakan laporan susulan cadangan kerajaan menggabungkan elemen Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar