Ibu bapa lega BAP naik kepada RM200, ringankan kos belanja persekolahan

TANGGA BATU – Perbelanjaan persekolahan yang boleh mencecah ratusan ringgit bagi setiap anak menjadikan kenaikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM200 antara inisiatif yang mampu membantu ibu bapa membuat persiapan bagi sesi persekolahan 2027.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) mendapati ibu bapa meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman itu dalam Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Pegawai polis, Masmira Abdul Nadin, 32, berkata, kenaikan BAP yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 itu dapat menampung sebahagian daripada kos berkenaan, terutama ketika keluarga berdepan peningkatan kos sara hidup.

“Kenaikan Bantuan Awal Persekolahan nanyak membantu sebab pada awal persekolahan, kita perlu membeli banyak barang seperti kasut dan baju sekolah

“Dengan pertambahan itu, sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban kita,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.

Masmira yang mempunyai dua anak bersekolah berkata, bantuan RM150 sebelum ini masih belum mencukupi untuk menampung keseluruhan perbelanjaan kelengkapan sekolah.

Menurutnya, harga barangan persekolahan yang semakin meningkat menyebabkan ibu bapa perlu menyediakan peruntukan tambahan bagi memastikan keperluan anak dapat dipenuhi.

“Kalau ikutkan, memang kena tambah kerana RM150 tidak cukup. Harga barang pun bukan murah macam dulu.

“Beg sekolah pun sekarang hampir RM100, belum termasuk kasut dan samping. Cuma bantuan itu dapat membantu sedikit berbanding tidak mendapat apa-apa. Alhamdulillah, ada juga bantuan daripada kerajaan,” katanya.

Sementara itu, pekerja swasta, Nor Fazilah Manan berkata, bantuan tersebut dapat menampung sebahagian perbelanjaan persekolahan, termasuk pembelian pakaian dan pembayaran yuran.

“Bantuan ini dapat menambah perbelanjaan untuk membeli pakaian sekolah, membayar yuran dan keperluan lain yang berkaitan. Walaupun yuran persekolahan turut meningkat, bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, pekerja swasta, Ruslan Masdi Daud, 51, berkata, wang berkenaan akan dimanfaatkan untuk mengurus perbelanjaan menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun depan untuk cucu beliau

“Kalau ikutkan, memang tidak cukup untuk keperluan anak-anak, tetapi RM200 itu sebenarnya memang membantu golongan B40 seperti saya. Alhamdulillah, ia banyak membantu sebenarnya.

“Kita boleh gunakan wang itu untuk beli barang keperluan sekolah anak.Terutama sekali membeli buku dan bayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” katanya.

Related Posts

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Kasih @ HAWANA telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.54 juta kepada 864 pengamal media dan veteran wartawan di seluruh negara sejak diwujudkan pada 2023, termasuk 37 penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

KOTA KINABALU – Pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial disaran meneliti draf garis panduan yang dibangunkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Content Forum) bagi memahami amalan serta tanggungjawab dalam menghasilkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak