Kerajaan perketat kawal selia e-dagang, elak penghantaran barang terlarang

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti kerangka kawal selia dan pelesenan baharu bagi platform e-dagang untuk membendung pendaftaran serta penjualan barangan terlarang di pasaran tempatan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, langkah itu susulan tindakan sesetengah platform yang didapati cuai dalam menyenaraikan produk berbahaya tanpa pengkelasan sewajarnya, selain cuba menyamarkan barangan terlarang.

“Kita melihat sejak bertahun-tahun ini ada platform e-dagang yang prihatin dan ada yang cuai sama ada menyenaraikan produk berbahaya yang tidak diklasifikasikan dengan betul, atau cuba menyamarkan barang-barang terlarang.

“Banyak platform e-dagang mungkin merasakan mereka tidak tertakluk kepada kerangka kawal selia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Pos Sedunia 2026 di Ibu Pejabat Pos Malaysia, di sini.

Fahmi berkata, kerajaan mahu memastikan produk yang memasuki negara ini mempunyai sijil pengesahan sewajarnya, termasuk daripada SIRIM, MCMC serta sijil halal yang sah.

Menurutnya, usaha memperketat kawal selia itu juga penting bagi mengelakkan ekosistem perkhidmatan pos dan kurier tempatan daripada disalahgunakan untuk penghantaran barangan terlarang.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, langkah berkenaan turut menyokong pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) E-Dagang yang dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya pada mesyuarat pertama tahun depan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penambahbaikan sistem kawal selia itu turut mengambil kira rungutan penyedia perkhidmatan kurier tempatan serta keperluan menjaga kebajikan pekerja dalam ekosistem logistik.

Related Posts

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Kasih @ HAWANA telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.54 juta kepada 864 pengamal media dan veteran wartawan di seluruh negara sejak diwujudkan pada 2023, termasuk 37 penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

KOTA KINABALU – Pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial disaran meneliti draf garis panduan yang dibangunkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Content Forum) bagi memahami amalan serta tanggungjawab dalam menghasilkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak