Penjawat awam perlu terjemah dasar Belanjawan 2027 kepada manfaat rakyat – Shamsul Azri

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan dasar dan inisiatif Belanjawan 2027 secara pantas dan berkesan penting bagi memastikan manfaat ekonomi dapat dirasai rakyat secara menyeluruh, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata, seluruh anggota perkhidmatan awam perlu bersedia menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai Waad Nasional, selain terus menyokong dasar kerajaan demi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

“Bagi seluruh anggota perkhidmatan awam, saya yakin kita semua sentiasa bersiap sedia menggalas segala amanah dan tanggungjawab ini sebagai Waad Nasional.

“Selain itu, terus menyokong dasar kerajaan dengan pelaksanaan yang pantas dan berkesan demi memastikan impak limpahan ekonomi luar biasa dapat dirasai bersama,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengulas Belanjawan 2027, Shamsul Azri berkata, peruntukan keseluruhan RM459.8 bilion mencerminkan keazaman Kerajaan MADANI untuk terus meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, RM376.8 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan operasi (OE), manakala RM83 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan (DE), berpandukan lapan Lunas Utama yang digariskan.

Katanya, belanjawan berkenaan merangkumi keperluan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan peringkat umur, selain mengimbangi pembangunan negara dengan kemampanan ekonomi serta daya tahan fiskal.

Antara inisiatif yang diumumkan ialah kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan, peruntukan subsidi, bantuan dan insentif berjumlah RM80 bilion serta Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam dan RM750 kepada pesara.

Shamsul Azri berkata, pelbagai galakan dan pengecualian cukai yang diumumkan turut mencerminkan usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terbela.

Beliau berkata, Belanjawan 2027 yang bertemakan Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi itu menzahirkan aspirasi Malaysia MADANI menerusi pendekatan yang mengimbangi pembangunan negara dengan kemampanan ekonomi dan daya tahan fiskal.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini (semalam),” katanya.

Related Posts

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

KUCHING — Pengumuman Belanjawan 2027 yang menyaksikan peningkatan bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI daripada RM400 kepada RM500 mendapat sambutan positif dalam kalangan mahasiswa Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di Semenanjung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi yang mengorbankan nyawa orang awam dan menyebabkan ratusan lagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon