Stesen ECRL Kota Bharu bakal dilengkapi stesen bas

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil langkah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara melalui pelaburan besar bagi meningkatkan kelancaran perkhidmatan rel, bas dan kemudahan jalan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan China mencapai persetujuan untuk menyambung laluan rel pantai timur (ECRL) ke Rantau Panjang.

“Sebuah stesen bas juga akan dibina di stesen ECRL Kota Bharu bagi memudahkan pergerakan rakyat Kelantan.

“Perkhidmatan bas henti-henti ditingkatkan di bandar-bandar utama dengan peruntukan RM270 juta. Ini termasuk menghubung 15 stesen di Pantai Timur menjelang pengoperasian ECRL,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2027 hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyediakan RM1.1 bilion untuk menaik taraf jalan di kawasan pelabuhan serta lapangan terbang di Kota Kinabalu, Miri, Tawau, Sandakan dan Pulau Pinang. Penambahbaikan turut melibatkan STOLport Long Banga dan Ba’Kelalan di Sarawak.

Related Posts

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan disifatkan sebagai reformasi penting pasaran tenaga kerja yang bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah membantu memperkukuh kecukupan simpanan persaraan ahli Kumpulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk ‘waad’ dan ‘lighad’ ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak