Kuota 30 peratus kepakaran langkah tepat, insentif doktor di Sabah dan Sarawak perlu diperkukuh

KERAJAAN digesa agar terus memperkukuh insentif kerjaya, saraan, kepastian penempatan dan kemudahan kediaman bagi menarik lebih ramai pegawai perubatan untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata, inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyediakan kuota 30 peratus bagi latihan lanjutan kepakaran kepada doktor di kedua-dua negeri itu merupakan satu perkembangan yang amat positif.

Menurutnya, langkah tersebut sekurang-kurangnya mampu menangani kebimbangan sebahagian pegawai perubatan yang beranggapan bahawa penempatan di Sabah dan Sarawak boleh mengehadkan peluang mereka untuk melanjutkan latihan kepakaran.

“Saya mengalu-alukan pengumuman Menteri (Kesihatan) bahawa 30 peratus tempat laluan kepakaran akan dikhaskan kepada doktor yang memilih untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Terdahulu pada Khamis, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan bahawa KKM sedang meneliti pelaksanaan kuota khusus 30 peratus daripada 1,650 tempat Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), iaitu bersamaan kira-kira 500 tempat, kepada pegawai perubatan yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

Mengulas lanjut, Kelvin turut mencadangkan agar pegawai perubatan yang berkhidmat di wilayah Borneo diberikan keutamaan atau merit tambahan apabila memohon program sarjana dan kepakaran di universiti tempatan, selain daripada hanya bergantung kepada kuota 30 peratus tersebut.

Bagi memastikan perkhidmatan di Sabah dan Sarawak menjadi pilihan kerjaya yang lebih menarik, beliau mendesak agar isu imbuhan bagi penempatan luar bandar dinilai semula, khususnya berhubung Bayaran Insentif Wilayah (BIW).

Jelasnya, perbezaan saraan antara penempatan di bandar utama dengan kawasan pedalaman perlu mengambil kira pelbagai cabaran logistik serta kos sara hidup tambahan yang terpaksa ditanggung oleh petugas kesihatan.

“Setiap surat penempatan seharusnya menyatakan lokasi bertugas dan tempoh perkhidmatan secara jelas dari awal. Kepastian ini membolehkan doktor membuat pilihan dengan lebih bermaklumat, selain merancang urusan keluarga dan permohonan kepakaran mereka,” tambahnya.

Dalam masa sama, Kelvin mengesyorkan agar kerajaan Persekutuan memperhebat kerjasama dengan kerajaan Sabah dan Sarawak bagi menyediakan insentif tambahan, serta mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf kuarters petugas di kawasan luar bandar yang daif.

Sebagai rekod, Dr Dzulkefly baru-baru ini mendedahkan bahawa hanya seramai 337 daripada 527 pegawai perubatan yang ditawarkan penempatan tetap di Sarawak telah melapor diri, manakala di Sabah hanya 336 daripada 528 pegawai melapor diri.

Angka tersebut mencatatkan kadar penolakan atau kegagalan melapor diri yang agak tinggi iaitu pada tahap 37 peratus. 

Antara faktor utama yang menyumbang kepada keputusan tersebut ialah isu jarak daripada keluarga, kekangan penempatan pedalaman, beban kos perpindahan serta kebimbangan terhadap masa depan laluan kerjaya.

Related Posts

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Sarawak-Sabah Link Road 1 disasarkan siap menjelang akhir 2027, dengan kerajaan meneruskan peruntukan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 ringankan beban rakyat, Sabah kekal penerima peruntukan terbesar – Hajiji

KOTA KINABALU – Belanjawan Negara 2027 disifatkan sebagai belanjawan komprehensif yang mampu meringankan beban kewangan rakyat, selain mencerminkan kekukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak