AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

MIRI – Penyediaan peluang pekerjaan berkualiti, pemilikan perumahan mampu milik, serta pembangunan kemahiran dan keusahawanan merupakan antara perkara utama yang diharap diberi penekanan dalam Belanjawan Sarawak 2027 bagi memenuhi keperluan generasi muda.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri, Christopher Jemat Amie berkata, penilaian terhadap belanjawan negeri tidak seharusnya tertumpu kepada jumlah peruntukan semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira kesan langsung dasar tersebut kepada kehidupan dan jaminan masa depan belia.

“Belia mahu peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang baik, membina kerjaya, berniaga, memiliki rumah dan mempunyai masa depan yang lebih terjamin di negeri sendiri.

“Justeru, penciptaan pekerjaan berkualiti perlu menjadi keutamaan, khususnya di Miri yang sarat dengan aktiviti ekonomi dalam sektor minyak dan gas, tenaga, pelancongan, hospitaliti, teknologi serta ekonomi digital,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Christopher, peluang pekerjaan yang sepadan dengan tahap kelayakan dan kemahiran adalah amat penting bagi membolehkan lebih ramai anak muda membina kerjaya di bumi Kenyalang.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus diperkukuh, terutamanya yang melibatkan bidang berteknologi tinggi seperti teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), automasi dan tenaga.

“Dunia pekerjaan sedang berubah dengan begitu pantas. Kita perlu memastikan anak muda Sarawak bukan sahaja mempunyai kelayakan akademik, tetapi turut menguasai kemahiran yang relevan dengan kehendak pasaran kerja masa depan,” tegasnya.

Beralih kepada isu perumahan, Christopher menyifatkan kemampuan memiliki kediaman kini menjadi antara cabaran terbesar bagi golongan muda, khususnya mereka yang baharu melangkah ke alam kerjaya. Atas faktor itu, langkah proaktif berkaitan pemilikan rumah mampu milik wajar diberi tumpuan khusus.

Bagi sektor keusahawanan pula, beliau berharap agar sokongan kepada usahawan muda diperluaskan menerusi kemudahan akses pembiayaan, latihan, bimbingan, ruang perniagaan dan jaringan pasaran yang lebih luas.

“Sektor pelancongan dan ekopelancongan juga berpotensi membuka ruang ekonomi baharu kepada anak muda sebagai pengusaha inap desa, pemandu pelancong, pencipta kandungan (content creator) serta penggiat industri kreatif.

“Selain itu, pembangunan infrastruktur asas seperti jalan raya, sistem saliran dan pengangkutan harus diteruskan kerana ia memberi kesan langsung kepada urusan harian penduduk. Kita mahu pembangunan yang bukan sahaja menghasilkan projek baharu, tetapi turut menyelesaikan masalah rakyat setiap hari,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar golongan muda diberi ruang dalam proses perancangan pembangunan negeri supaya pandangan mereka dapat dipertimbangkan secara serius dalam setiap penggubalan dasar.

“Belia bukan hanya mahu bantuan, sebaliknya belia mahu peluang. Kita mahu bekerja, berniaga, memiliki rumah dan membina masa depan di Sarawak,” katanya.

Sebagai rekod, Belanjawan Sarawak 2027 dijadualkan dibentang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hujung tahun ini, dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka memperincikan hala tuju ekonomi serta kedudukan hasil kewangan negeri yang terbaharu.

Related Posts

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

DARO – Penyiapan sambungan akhir Jambatan Batang Paloh menjadi detik bersejarah yang disifatkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol ibarat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

MUKAH – Sikap mendahulukan keperluan rakyat berbanding diri sendiri yang ditonjolkan oleh bekas Penghulu Kampung Penat, Jeffrina Galau akhirnya berbalas apabila beliau kini menerima manfaat di bawah Program Penambahbaikan Rumah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah