Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

MUKAH – Sikap mendahulukan keperluan rakyat berbanding diri sendiri yang ditonjolkan oleh bekas Penghulu Kampung Penat, Jeffrina Galau akhirnya berbalas apabila beliau kini menerima manfaat di bawah Program Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (MRP-PPRMS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine mendedahkan bahawa Jeffrina sebelum ini pernah menolak tawaran bantuan tersebut ketika masih berkhidmat sebagai penghulu, semata-mata kerana mahu memberikan keutamaan kepada penduduk kampung yang dianggap lebih memerlukan.

“Semasa tempoh perkhidmatannya, beliau enggan menerima projek baik pulih ini kerana mahu mendahulukan rumah penduduk lain yang lebih daif.

“Beliau hanya bersetuju untuk menerima bantuan ini selepas tamat tempoh perkhidmatan berikutan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan pemeriksaan projek baik pulih rumah di bawah inisiatif MRP-PPRMS Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian Fasa 1/2026 di Kampung Penat, Oya, pada Rabu.

Menurut Royston, projek pembaikan kediaman Jeffrina melibatkan kerja-kerja menggantikan keseluruhan struktur dinding rumah yang telah uzur bagi meningkatkan keselesaan serta keselamatan penghuninya.

Sebagai rekod, pelaksanaan inisiatif PPRMS bagi Fasa 1/2026 di kawasan DUN Tellian memperuntukkan sejumlah RM15,000 bagi setiap penerima untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih kediaman golongan yang memerlukan.

Dalam pada itu, beliau berharap agar kediaman yang telah siap dibaiki itu dapat memberikan keselesaan kepada Jeffrina sekeluarga bagi memudahkan urusan harian mereka, selain mendoakan kesihatan bekas pemimpin akar umbi berkenaan agar bertambah baik.

Related Posts

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

DARO – Penyiapan sambungan akhir Jambatan Batang Paloh menjadi detik bersejarah yang disifatkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol ibarat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

MIRI – Penyediaan peluang pekerjaan berkualiti, pemilikan perumahan mampu milik, serta pembangunan kemahiran dan keusahawanan merupakan antara perkara utama yang diharap diberi penekanan dalam Belanjawan Sarawak 2027 bagi memenuhi keperluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah