Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

KOTA KINABALU – Belanjawan 2027 perlu memperkukuh bantuan bersasar dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia Sabah dengan mengambil kira kos sara hidup, beban pengangkutan serta jurang akses antara bandar dengan pedalaman.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Generasi Masa Hadapan Sabah (GENMAPAN), Mohd Nur Hilmie Milus berkata, pendekatan pembangunan belia perlu disesuaikan dengan realiti geografi negeri itu supaya manfaatnya dapat dinikmati anak muda di semua kawasan.

“Kita tidak mahu anak muda Sabah sekadar menjadi penerima bantuan. Belanjawan 2027 harus menjadi belanjawan yang memberikan mereka akses, kemahiran dan peluang untuk membina masa depan sendiri.

“Paling penting, pembangunan belia Sabah tidak boleh menggunakan pendekatan ‘one-size-fits-all’.

“Faktor geografi, kos pengangkutan dan jurang bandar-pedalaman mesti menjadi pertimbangan dalam setiap dasar nasional yang melibatkan anak muda Sabah,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press pada Rabu.

Menurut Helmi, bantuan kepada mahasiswa Sabah juga wajar mengambil kira keseluruhan kos pengajian, khususnya bagi mereka yang terpaksa berjauhan daripada keluarga untuk melanjutkan pelajaran di Semenanjung.

“Bagi mahasiswa Sabah, kos pengajian bukan hanya melibatkan yuran, tetapi turut merangkumi makanan, kediaman, pengangkutan dan kos perjalanan termasuk tiket penerbangan bagi mereka yang menuntut di Semenanjung.

“Justeru, bantuan bersasar yang benar-benar mengambil kira realiti geografi Sabah perlu terus diperkukuhkan,” katanya.

Tambahnya, Belanjawan 2027 juga perlu memberi perhatian kepada peralihan mahasiswa daripada alam pengajian ke dunia pekerjaan dengan memperluas laluan kerjaya dalam sektor ekonomi berpotensi di Sabah.

“Dalam masa yang sama, kita perlu memberikan perhatian kepada persoalan pekerjaan pertama selepas graduasi.

“Belanjawan 2027 harus memperluaskan peluang latihan berbayar, insentif pengambilan graduan serta pembangunan kemahiran yang mempunyai hubungan langsung dengan sektor ekonomi berpotensi di Sabah seperti ekonomi biru, agro-teknologi, tenaga, digital dan AI, industri kreatif serta pelancongan,” katanya.

Mohd Nur Hilmie turut berharap usaha merapatkan jurang peluang dipergiat bagi memastikan belia luar bandar dan pedalaman mempunyai akses kepada latihan serta peluang ekonomi yang dapat membantu mereka membina masa depan.

“Perhatian perlu diberikan kepada kemudahan asas yang menyokong pembangunan belia, terutama capaian internet berkualiti dan pengangkutan untuk memudahkan mereka mengikuti latihan serta meneroka peluang pekerjaan dan keusahawanan.

“Selain itu kerajaan juga boleh mengetengahkan potensi agroteknologi, pelancongan berasaskan komuniti dan kraf inovatif sebagai bidang yang boleh membuka peluang kepada belia luar bandar menjana pendapatan serta mencipta pekerjaan di kawasan sendiri,” kongsinya.

Terdahulu, Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2026 memperkukuh usaha membuka peluang latihan, pekerjaan dan keusahawanan kepada anak muda. Antaranya, Khazanah Nasional menyediakan RM200 juta bagi Program K-Youth untuk memberi latihan sambil bekerja kepada 11,000 belia tanpa ijazah dalam sektor strategik, termasuk digital dan teknologi.

Peruntukan RM40 juta turut disediakan bagi Rakan Muda, termasuk untuk mendekati belia luar bandar yang tercicir daripada pendidikan dan pekerjaan, sekali gus memperluas jangkauan program pembangunan belia.

Bagi menggalakkan anak muda menceburi perniagaan, Bank Simpanan Nasional menyediakan pembiayaan RM150 juta kepada usahawan belia berumur 30 tahun ke bawah, manakala RM12 juta disediakan menerusi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) untuk latihan dan bantuan perniagaan.

Usaha berkenaan turut disokong Model Pembangunan Belia MADANI 2030 dan Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang memberi tumpuan kepada pendidikan, kemahiran, pekerjaan, keusahawanan serta kesejahteraan hidup, di samping memperkukuh penglibatan suara belia dalam pembangunan negara.

Related Posts

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

KEMAMAN — Sebuah syarikat berpangkalan di Korea Selatan dilaporkan bersetuju melabur sehingga RM5 bilion bagi mengambil alih kilang CJ Bio Malaysia di Kerteh, yang dijadualkan menamatkan operasi secara berperingkat mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU – Penyelidikan berkaitan Sabah perlu mempunyai hubungan lebih dekat dengan keperluan masyarakat, industri dan pembangunan negeri bagi memastikan hasil kajian memberi impak praktikal. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta