Diesel bernilai RM11,800 dirampas dalam kebun pisang

CHANGLUN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas 4,000 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM11,800 dalam sebuah bangsal di kawasan kebun pisang, Kampung Kepala Kerbau dekat sini semalam.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan terbabit dijalankan kira-kira jam 11 pagi atas hasil risikan KPDN.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan anggota penguat kuasa KPDN Kedah tiada individu berada di bangsal tersebut.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah minyak diesel yang disimpan dalam bangsal tanpa lesen atau permit yang sah disyaki untuk diseludup ke negara jiran.

“Sehubungan itu, pasukan serbuan telah menyita sejumlah 4,000 liter minyak diesel, tiga unit tanki IBC, tiga unit tong drum dan peralatan yang digunakan memindah barang kawalan tersebut,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Muhammad Nizam berkata, jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM13,150 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, KPDN ingin mengingatkan mana-mana orang yang cuba menyalahgunakan barang kawalan bersubsidi akan diambil tindakan tegas.

“KPDN amat mengalu-alukan sebarang maklumat atau aduan daripada orang awam berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi,” katanya.

Menurutnya lagi, KPDN Kedah telah melaksanakan beberapa pendekatan dalam usaha untuk mengekang ketirisan barang kawalan melibatkan petrol dan diesel.

“Antaranya, rondaan di stesen minyak berhampiran sempadan negara, penugasan di pintu keluar Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dan risikan bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan ke atas pihak yang terlibat dengan akitivti ini,” katanya.

Jelasnya lagi, KPDN Kedah juga menempatkan pegawai secara statik di enam stesen minyak berhampiran sempadan yang merekodkan jualan petrol dan diesel yang tinggi bagi mendapatkan jumlah jualan sebenar ke semua stesen minyak dalam tempoh sebulan ini.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti