Ahli Parlimen Pahang perlu bangkit isu bina R&R di LTU

KUANTAN – Isu pembinaan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) perlu dibangkitkan Ahli Parlimen dari Pahang pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan dua R&R di LTU terdapat dalam skop asal projek dan sepatutnya diberikan perhatian.

“Saya hendak minta rakan-rakan Ahli Parlimen di Pahang supaya memastikan (bangkit) perkara ini dan saya harap Speaker, Timbalan Speaker Dewan Rakyat memberi ruang secukupnya untuk membahas isu ini pada sidang Parlimen tidak lama lagi.

“Malah, saya sudah berhubung dengan ahli Parlimen untuk pastikan R&R di LTU dibangkitkan,” katanya selepas Program Retreat Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Pahang, hari ini

Katanya, ketiadaan R&R menyukarkan pengguna, terutama mereka yang memerlukan tempat untuk berehat atau menggunakan kemudahan asas.

“Saya difahamkan R&R ditiadakan disebabkan peningkatan kos dua kali ganda daripada jumlah asal.

“Tapi, kita harus ingat jajaran itu panjang dan ini bermakna perjalanan itu agak jauh.

“Kalau ada kanak-kanak, pengguna terpaksa berhenti, jadi (perlu) ada tandas dan sebagainya, tapi semua tidak disediakan.

“Namun, apa yang penting keselesaan pengguna harus dijaga dan kita minta Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Ekonomi usahakan pembinaan R&R,” tambahnya lagi.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti