PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

SEBERANG PERAI – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan mempergiat usaha membendung penyebaran berita palsu dan maklumat tidak tepat di media sosial sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Pengarahnya, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, usaha itu penting bagi memastikan rakyat menerima maklumat berasaskan fakta dan tidak terpengaruh dengan kandungan tidak tepat yang boleh menjejaskan gambaran sebenar mengenai prestasi kerajaan.

“Untuk PRN Melaka, kita akan usaha sedaya upaya menerangkan mesej yang baik kepada rakyat dan biarkan mereka buat pilihan terbaik.

“Ia dengan maksud, info-info yang kita sampaikan itu bukan fitnah, (tetapi) fakta-fakta yang tepat tentang kejayaan Kerajaan MADANI,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Program MADANI Kita (PMK) Bersama Komuniti Perai @ Batu Kawan di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, di sini hari ini.

Menurut Mohd Hisyamuddin, penyebaran berita palsu sebelum ini dilihat menyebabkan maklumat mengenai pencapaian kerajaan tenggelam ketika berlangsungnya PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, JKOM kini memberi tumpuan lebih besar kepada media sosial dengan 70 peratus daripada fokus jabatan berkenaan tertumpu kepada segmen itu, manakala baki 30 peratus melalui program lapangan.

Beliau berkata, pendekatan turun padang menerusi PMK turut membolehkan JKOM berinteraksi secara langsung dengan masyarakat selain mendapatkan pandangan mereka terhadap dasar serta prestasi kerajaan.

Related Posts

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

BATU PAHAT – Jenazah Allahyarham Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, Yong Peng, di sini, kira-kira jam 7.50 malam tadi. Suasana pilu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017