Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

KLANG – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tepi Jalan Acob, Kapar, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat lelaki berusia 40-an itu di lokasi kejadian kira-kira jam 10 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kegiatan mencuri kabel.

“Ketika ditemukan, kedudukan lelaki terbabit dan tangannya masih melekat pada kabel milik TNB.

“Turut ditemukan bersama mangsa ialah peralatan untuk memotong kabel serta sebuah motosikal yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ramsay berkata, waris kemudian hadir dan mengecam mangsa yang merupakan penduduk dari Kapar.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam untuk proses bedah siasat.

Related Posts

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

KOTA KINABALU – Kerjasama antara Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) terus diperkukuhkan di peringkat bahagian, susulan kehadiran pimpinan ketiga-tiga parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa melaksanakan reformasi menyeluruh bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja perubatan, selain memperkukuh tahap keselamatan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sabah dan Sarawak. Ahli Parlimen Bandar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

Hakisan Kuala Nerus: Kerajaan Terengganu perlu tampil bukan sekadar tunggu projek Persekutuan

Hakisan Kuala Nerus: Kerajaan Terengganu perlu tampil bukan sekadar tunggu projek Persekutuan

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar