‎RM10,000 disumbang jayakan Sambutan Maulidur Rasul 2026 di Kota Marudu

‎KOTA MARUDU – Sebanyak RM10,000 sumbangan tunai diserahkan kepada Badan Dakwah Daerah Kota Marudu bagi membantu pelaksanaan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2026 peringkat daerah itu.
‎
‎Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Sabah, Zaidi Jatil, sumbangan berkenaan merupakan usaha menjayakan sambutan Maulidur Rasul.
‎
‎“Mudah-mudahan usaha kecil ini menjadi sebahagian daripada ikhtiar kita dalam menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
‎
‎“Selain itu, saya berharap ianya dapat memperkukuh lagi syiar Islam dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya, baru-baru ini.
‎
‎Menurut Zaidi, sumbangan berbentuk tunai tersebut diserahkan kepada Pengerusi Badan Dakwah Daerah Kota Marudu, Marck Hassan.
‎
‎Sumbangan berkenaan mencerminkan semangat Malaysia MADANI yang menekankan nilai kemasyarakatan, kepedulian dan kebersamaan dalam memperkukuh kehidupan bermasyarakat.
‎
‎Inisiatif seumpama itu juga dilihat dapat menyokong usaha memperkasa aktiviti keagamaan serta memupuk keharmonian dan kesejahteraan komuniti setempat.

Related Posts

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

TEMERLOH – Seramai 59 peserta, termasuk warga emas tekun mengikuti pengajian Tafaqquh Fiddin anjuran Yayasan Pahang di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam, dekat Temerloh Jaya sejak 312 minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

KOTA KINABALU – Jawatankuasa khas bagi menangani banjir dicadang diwujudkan susulan kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di Parlimen Sepanggar.‎‎Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kuasai AI secara serius, jangan biar teknologi hakis nilai kemanusiaan dan prinsip hidup – PM

Kuasai AI secara serius, jangan biar teknologi hakis nilai kemanusiaan dan prinsip hidup – PM

Anak muda bukan hanya pemimpin masa depan, tetapi pemimpin masa kini – PM

Anak muda bukan hanya pemimpin masa depan, tetapi pemimpin masa kini – PM

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

‎RM10,000 disumbang jayakan Sambutan Maulidur Rasul 2026 di Kota Marudu

‎RM10,000 disumbang jayakan Sambutan Maulidur Rasul 2026 di Kota Marudu

‎Sukan MAKSUR perkukuh kerja berpasukan, tangani tekanan warga JPKA Sabah

  • By Fandi
  • October 3, 2026
‎Sukan MAKSUR perkukuh kerja berpasukan, tangani tekanan warga JPKA Sabah