Jangan jadikan ketegasan Mohd Shuhaily ‘kambing hitam’ tutupi kelemahan pihak lain

PUTRAJAYA – Ketegasan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak dijadikan sebagai `kambing hitam’ atau mangsa keadaan untuk menutup kelemahan atau salah laku pihak lain.

Pengerusi Gerakan Suara Rakyat Malaysia Sejahtera (Suara Rakyat), Mohd Zai Mustafa berkata, tindakan yang dilakukan Mohd Shuhaily tersebut mencerminkan beliau seorang yang berprinsip, tegas dan berani.

Menurut beliau, kepimpinan Ketua Pengarah AKPS itu dikenali sebagai pegawai yang bertanggungjawab, bertindak mengikut lunas undang-undang dan tidak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak berkepentingan.

“KLIA adalah pintu hadapan negara dan jika keselamatan tidak dapat dikawal dengan tegas, ia akan menjejaskan keyakinan dunia bahawa Malaysia sebuah negara yang selamat.

“Tindakan beliau seharusnya dipuji dan dijadikan contoh, bukan menjadi bahan untuk dikecam. Tegas bukan bermakna zalim, tegas bermakna mempertahankan kedaulatan.

“Negara ini perlukan lebih ramai pegawai seperti Mohd. Shuhaily kerana apabila undang-undang dilanggar di pintu masuk utama negara seperti KLIA, tidak boleh ada kompromi,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohd Zai menegaskan, pihaknya menyatakan sokongan moral dan solidariti sepenuhnya kepada Mohd Shuhaily di atas ketegasan dan integriti beliau dalam menjalankan tugas berkaitan isu keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Suara Rakyat mengikuti rapat perkembangan di KLIA yang menyentuh soal maruah, keselamatan negara dan kedaulatan undang-undang negara.

“Kami tegas akan bersuara jika ada usaha-usaha untuk mengenakan tindakan tidak adil ke atas beliau,” katanya.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang individu yang didakwa mirip Mohd Shuhaily sedang memarahi seorang individu lain.

Video itu turut memaparkan kepala individu terbabit turut kelihatan dipegang dengan aksi yang agak keras.

Related Posts

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

KUALA LUMPUR – Kebajikan mahasiswa, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah, akan diberi perhatian dalam Belanjawan 2027, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, kerajaan mendengar keluhan dan permintaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

KUALA LUMPUR – Generasi muda perlu berani bersuara serta menolak rasuah dan salah guna kuasa tanpa mengira kaum, agama atau kelompok, selaras dengan prinsip kebenaran, keadilan dan kemanusiaan. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Kuasai AI secara serius, jangan biar teknologi hakis nilai kemanusiaan dan prinsip hidup – PM

Kuasai AI secara serius, jangan biar teknologi hakis nilai kemanusiaan dan prinsip hidup – PM

Anak muda bukan hanya pemimpin masa depan, tetapi pemimpin masa kini – PM

Anak muda bukan hanya pemimpin masa depan, tetapi pemimpin masa kini – PM

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎