Meta minta tempoh hingga 2 Oktober isu WhatsApp digantung – MCMC

KUALA LUMPUR – Syarikat teknologi multinasional, Meta dituntut memberi penjelasan menyeluruh berhubung isu akaun aplikasi WhatsApp yang digantung tidak lagi dapat diakses atau diakses tanpa kebenaran.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi kenyataan pada Rabu memaklumkan sebanyak 92 aduan berkaitan isu berkenaan diterima pihaknya setakat ini.

Menurut suruhanjaya itu, permintaan rasmi sudah dikemukakan kepada Meta pada 25 September lalu, diikuti perbincangan bersama dengan syarikat teknologi berkenaan pada 28 September lalu.

“Meta telah memohon tempoh hingga 2 Oktober ini untuk memberikan maklum balas berhubung perkara berkenaan.

“MCMC menggesa Meta memberikan penjelasan menyeluruh serta penyelesaian segera terhadap akaun pengguna yang terjejas dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan maklum balas terbabit,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, beliau sudah meminta MCMC mengeluarkan kenyataan bagi memperjelas maklum balas Meta mengenai isu penggodaman dan penyahaktifan akaun WhatsApp.

Fahmi berkata, beliau masih belum menerima maklumat terkini hasil perbincangan antara MCMC dan Meta berhubung isu berkenaan.

Sebelum ini, MCMC memaklumkan pihaknya sedang meneliti aduan yang diterima dan sudah memajukan kes berkaitan kepada Meta untuk penjelasan serta tindakan selanjutnya.

Suruhanjaya itu turut menjelaskan bahawa pengambilalihan atau penggodaman akaun dan penyekatan akaun adalah dua perkara berbeza.

Menurut MCMC, akaun yang digodam pihak tidak bertanggungjawab berisiko disalahgunakan untuk aktiviti penipuan, spam atau pelanggaran terma perkhidmatan WhatsApp, yang akhirnya boleh menyebabkan akaun berkenaan disekat oleh platform itu.

Related Posts

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

KUALA LUMPUR – Kejayaan kontinjen Malaysia mengumpul sembilan pingat emas di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 membuktikan kesungguhan dan kehebatan atlet negara dalam mengharumkan nama Jalur Gemilang di pentas Asia. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

KUALA LUMPUR – Pemulihan kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi Land perlu disegerakan bagi membolehkan kawasan berkenaan disediakan untuk tujuan perumahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir