NADI buka ruang belia kembangkan potensi menerusi e-sport

NILAI – Pertandingan e-sport Mobile Legends sempena Program MADANI Kita (PMK) menjadi wadah kepada golongan muda untuk mengembangkan potensi dan bakat dalam bidang berkenaan.

Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rumah Pangsa Templer, Mohamad Izzat Norefendie berkata, penyertaan dalam pertandingan itu memberi peluang kepada belia untuk menceburi bidang e-sport yang semakin mendapat perhatian.

Katanya, pertandingan berkenaan bermula dengan penyertaan lapan kumpulan, sebelum hanya empat kumpulan meneruskan saingan bagi merebut tempat ke peringkat akhir.

“Untuk aktiviti e-sport, kita buat pertandingan Mobile Legends. Pada awalnya ada lapan kumpulan dan sekarang tinggal empat kumpulan yang sedang bersaing untuk ke peringkat akhir.

“Setiap kumpulan mempunyai enam peserta, namun lima peserta akan bermain dalam satu-satu perlawanan,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) ketika ditemui sempena PMK di Dewan Orang Ramai Desa Cempaka, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sambutan terhadap pertandingan itu menggalakkan dengan kehadiran dan penyertaan yang diterima melebihi jangkaan pihaknya.

“Memang ramai yang datang dan sambutan yang kita terima melebihi jangkaan,” katanya.

Selain pertandingan e-sport, NADI turut menyediakan pengisian Kempen Internet Selamat menerusi aktiviti permainan interaktif untuk pengunjung.

Mohamad Izzat berkata, kempen berkenaan memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan pendedahan mengenai penggunaan internet secara selamat menerusi pendekatan yang lebih santai dan interaktif.

“Untuk Kempen Internet Selamat pula, kita sediakan permainan interaktif yang boleh disertai pengunjung. Jadi, mereka bukan sahaja dapat bermain, tetapi dalam masa sama mendapat pendedahan mengenai penggunaan internet secara selamat.

“Kita mahu orang ramai lebih peka dan tahu cara menggunakan internet dengan betul dan selamat,” katanya.

Related Posts

Fadhlina jawab tujuh langkah radikal Asyraf Wajdi, KPM sudah laksana tangani buli

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menjelaskan sebahagian besar cadangan membanteras buli di sekolah yang dikemukakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebenarnya sudah dilaksanakan Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan syarat ekuiti Bumiputera IPS bawah kementerian berkaitan – Akmal Nasrullah

SUBANG JAYA – Sebarang keputusan berhubung syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS) tertakluk kepada kementerian yang mempunyai bidang kuasa, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fadhlina jawab tujuh langkah radikal Asyraf Wajdi, KPM sudah laksana tangani buli

Fadhlina jawab tujuh langkah radikal Asyraf Wajdi, KPM sudah laksana tangani buli

Pemansuhan syarat ekuiti Bumiputera IPS bawah kementerian berkaitan – Akmal Nasrullah

Pemansuhan syarat ekuiti Bumiputera IPS bawah kementerian berkaitan – Akmal Nasrullah

FTES Sarawak: Kos boleh cecah RM1 bilion

FTES Sarawak: Kos boleh cecah RM1 bilion

Isu ‘campus hunger’ perlu dinoktahkan – PMX

Isu ‘campus hunger’ perlu dinoktahkan – PMX

Hari Cuci Malaysia perlu diperkasa secara berkala – Vivian

  • By Fandi
  • September 26, 2026
Hari Cuci Malaysia perlu diperkasa secara berkala – Vivian

Pemeriksaan pergigian percuma di PMK Labu@Rasah bantu tingkat kesedaran komuniti

Pemeriksaan pergigian percuma di PMK Labu@Rasah bantu tingkat kesedaran komuniti