Akaun bank dibekukan, Najib gagal bayar denda RM50 juta

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak tidak mampu membayar denda RM50 juta yang dikenakan sebagai salah satu syarat untuk membolehkannya menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu berkata, Najib tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk menjelaskan denda berkenaan.

“Setakat hari ini, Datuk Seri Najib sendiri tidak mampu membayarnya. Beliau tidak mampu membayar,” katanya kepada media selepas prosiding mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri itu, pada Jumaat.

Shafee berkata, akaun bank Najib telah dibekukan, termasuk akaun Affin Bank yang menurutnya digunakan untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen sebelum ini.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu tidak pernah meminta sumbangan daripada orang awam untuk membayar denda RM50 juta itu.

Sementara itu, katanya, Najib juga belum menerima surat rasmi pengampunan bersyarat Yang di-Pertuan Agong yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara kes SRC International di bawah tahanan rumah.

Muhammad Shafee berkata, pasukan guaman juga masih belum menerima surat yang menetapkan syarat pengampunan berkenaan.

“Yang di-Pertuan Agong sudah membuat keputusan secara prerogatif, orang yang paling mustahak ialah Datuk Seri Najib sebab dia adalah orang yang dikenakan penjara, dikenakan penahanan rumah, tetapi hingga ke hari ini dia belum mendapat surat itu.

“Kita tak tahu, kenapa surat itu begitu lambat, penjara (Jabatan Penjara) pun tidak dapat,” katanya menambah hari ini sudah memasuki hari kelapan sejak Najib mendapat pengampunan bersyarat itu.

“Hari kelapan, pelik. Kelewatan ini menjejaskan tindakan seterusnya pasukan guaman kerana kami tidak mengetahui syarat penuh yang terkandung dalam dokumen rasmi berkenaan,” katanya.

  • Related Posts

    Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

    ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

    PUTRAJAYA – Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA yang disiasat berkait penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) akan didakwa di mahkamah minggu hadapan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

    Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

    Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

    Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

    Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

    Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

    Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

    Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

    10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

    10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

    Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

    Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM