Hamas, Hizbullah serang Tel Aviv, Haifa sempena setahun penindasan

GAZA – Sempena setahun pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin, Bridged al-Qassam dan tentera Hizbullah mengumumkan bahawa masing-masing telah melancarkan serangan peluru berpandu menyasarkan kawasan Tel Aviv dan Haifa.

Perkara itu disahkan oleh Briged Izz al-Din al-Qassam, sayap kanan tentera Hamas yang mengumumkan bahawa pada Isnin, tembakan roket di Tel Aviv, Israel bagi memperingati ulang tahun pertama serangan 7 Oktober, lapor Skynewsarabia.

Media melaporkan bahawa peluru berpandu salvo ditembak dari utara Gaza ke arah bandar Sderot, wilayah selatan Israel.

Media Israel melaporkan bahawa selepas menembak ke arah Sderot dan kawasan Gaza, tentera udara memintas lima peluru berpandu yang dilancarkan dari utara Semenanjung Gaza.

Dalam satu kenyataan berhubung pelancaran roket dari Gaza ke arah Tel Aviv, tentera Israel berkata, ‘Setelah mendengar siren sebentar tadi di tengah Israel, lima peluru dilancarkan dari kawasan Khan Yunis di Semenanjung Gaza ke arah wilayah Israel dan beberapa biji jatuh dikawasan itu.’

Di Beirut pula, Hizbullah berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa ia menyerang kawasan di utara Haifa di Israel dengan peluru berpandu, dalam serangan kedua pada Isnin selepas peluru berpandu kumpulan itu menghujani bandar pantai itu pada awal pagi.

Kenyataan itu berkata: ‘Sebagai menyokong rakyat Palestin yang masih berdiri teguh di Semenanjung Gaza, menyokong penentangan mereka yang berani dan terhormat, dan dalam mempertahankan Lubnan dan rakyatnya, serta sebagai tindak balas kepada pencerobohan biadab Israel ke atas bandar, kampung dan orang awam, tentera kami telah melancarkan serangan ke atas utara kota Haifa dengan pelancar peluru berpandu yang besar.”

Hizbullah juga berkata bahawa ia mengebom perhimpunan askar Israel di dalam sebuah bandar sempadan di selatan Lubnan, susulan konfrontasi berterusan antara kedua-dua pihak selama seminggu dan serbuan hebat ke atas kubu kuat parti itu berhampiran Beirut.

Ia berkata dalam satu kenyataan bahawa pejuangnya mengebom ‘satu perhimpunan pasukan musuh di Taman Maroun al-Ras dengan pelancar peluru berpandu,’ selepas ia mengumumkan dalam kenyataan sebelum ini bahawa kawasan tentera dan tapak di utara Israel menjadi sasaran dengan peluru berpandu.

Susulan daripada serangan balas daripada Briged al-Qassam dan tentera Hizbullah terhadap Tel Aviv dan Haifa, tentera Israel telah mengeluarkan amaran pemindahan segera kepada penduduk di 25 kampung di selatan wilayah itu.

Tentera Israel berkata bahawa aktiviti Hizbullah memaksa tentera bertindak tegas terhadapnya, dan menyeru penduduk kampung-kampung ini untuk bergerak segera ke utara Sungai Awali.

Tentera Israel juga mengeluarkan arahan pemindahan baharu untuk penduduk kawasan Bani Suhaila, Al Mahatta, Sheikh Nasser dan Ma’an di selatan Semenanjung Gaza.

Arahan pemindahan sama juga dikenakan kepada penduduk Jabalia, Beit Lahia, dan Beit Hanoun di utara Semenanjung Gaza, “menganggap mereka kawasan operasi berbahaya,” dan meminta penduduk untuk menuju ke selatan Semenanjung Gaza melalui Jalan Salah al-Din.

Related Posts

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan pembinaan gerbang kemenangan berhampiran Washington akan turut berfungsi sebagai ‘kompleks ketenteraan’. Ia akan menempatkan dron dan penembak tepat, menjadikannya projek pembinaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET