MIT Pahang 2024 platform promosi keunikan produk pelancongan

KUANTAN – Penganjuran Ekspo Pelancongan Malaysia Pahang 2024 (MIT Pahang) yang bermula hari ini dijangka menarik kunjungan kira-kira 10,000 pemain industri dan orang ramai.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, penganjuran ekspo itu adalah untuk membangunkan sektor pelancongan dan kebudayaan di Pahang, memandangkan ia adalah antara penyumbang utama ekonomi di negeri ini.

“Kita jangka lebih 10,000 penggiat pelancongan termasuklah ‘premium buyers’, ‘registered buyers’, ‘sellers’ pengusaha pelancongan dari rantau Asia Tenggara dan pelawat industri pelancongan memeriahkan MIT Pahang 2024 yang julung kali diadakan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan MIT Pahang 2024 di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, dekat sini.

Yu Man turut berharap penganjuran ekspo itu dapat menaikkan nama Pahang khususnya Kuantan sebagai hub pertemuan pemain industri pelancongan.

“Bukan sahaja tempat pelancongan di Pahang, tetapi kita hendak menaikan potensi negeri atau Kuantan sebagai tempat pertemuan seperti kita dulu (sebelum ini), kita selalu menghadiri expo pelancongan di luar negara dan bertemu dengan pemain industri dari negara atau negeri lain.

“Dan (untuk kali ini) kita di Pahang dan (khususnya) di Kuantan menjadi satu hab baharu untuk pertemuan bagi pemain industri,” katanya.

Ekspo tiga hari itu bertujuan menyediakan platform ‘business to business’ (B2B) kepada pemain pelancongan Asia Tenggara dan seluruh dunia untuk berhubung dan memupuk kerjasama selain mengadakan seminar dan bengkel kepada pemain industri untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan.

“Melalui program ini juga dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi mendapatkan sumber dan transaksi perniagaan di kalangan peserta pameran dan pembeli.

“Selain dapat menggalakkan kemampanan; menyokong amalan pelancongan yang bertanggungjawab yang mengutamakan pemuliharaan alam sekitar, pemeliharaan budaya dan kesejahteraan penduduk tempatan, memastikan daya maju jangka panjang pembangunan pelancongan di rantau ini,” katanya.

Selain pameran, MIT Pahang 2024 turut memgadakan seminar pelancongan bagi membincangkan isu pelancongan dari pakar industri pelancongan, sesi B2B yang dapat memudahkan rangkaian dan interaksi perniagaan di kalangan penjual dan pembeli industri pelancongan dan pertunjukan persembahan kebudayaan.

Related Posts

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi