Arahan bekerja hari Jumaat tak akan ganggu waktu solat – MB Johor

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor bersedia merangka pelbagai garis panduan selain mengadakan perbincangan teliti bagi memastikan perubahan cuti hujung minggu di negeri ini tidak menjejaskan mana-mana institusi.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inj termasuklah pelaksanaan solat Jumaat yang sebelum ini jatuh pada hari cuti hujung minggu negeri ini.

Menurut beliau, titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim agar barisan Kerajaan Negeri menelilti beberapa perkara baharu demi memastikan perubahan cuti hujung minggu daripada Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu Ahad berjalan lancar akan dilaksanakan sebaik mungkin.

“Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas pengumuman penukaran cuti hujung minggu dan menitahkan agar patik dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti penyelarasan semula cuti hujung minggu ini dari setiap sudut dan aspek.

“Titah perbincangan penyelarasan perubahan cuti hujung minggu ini akan menitikberatkan dan meliputi seluruh aspek termasuklah agama Islam tanpa mengetepikan penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari.

“Kerajaan negeri bersama Mufti Negeri Johor dan agensi terlibat akan memperincikan tempoh bekerja sesuai terutamanya pada hari Jumaat bagi memberi ruang dan masa mencukupi untuk umat Islam menunaikan kewajipan itu pada waktunya,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau, malam tadi.

Menurut beliau, tanpa mengetepikan kepentingan urusan solat, penyelarasan cuti ini turut mampu mengurangkan masalah penjadualan dalam kalangan sektor awam dan sektor swasta.

“Penyelarasan semula cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad ini akan melibatkan semua Bangsa Johor iaitu seramai 587,343 pelajar dan 1.948 juta tenaga kerja di Johor di mana majoritinya adalah dari sektor kerajaan dan swasta.

“Pensturkturan semula cuti hujung minggu ini diharap mampu memberi ruang kepada keluarga untuk meluangkan masa bersama dan membantu memudahkan aktiviti rentas sempadan serta aktiviti perniagaan,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan, Tunku Ismail mengumumkan mulai 1 Januari tahun depan, cuti hujung minggu di negeri ini akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad.

Perkara itu dimaklumkan baginda selepas mendapat perkenan dan restu oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selain pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Justeru, Tuanku Ismail menitahkan agar Onn Hafiz serta barisan Kerajaan Negeri dan Mufti Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini daripada setiap sudut dan aspek.

Bagaimanapun, beberapa individu meninggalkan komen meluahkan kebimbangan sekiranya terdapat majikan yang menghalang pekerjanya untuk melaksanakan solat Jumaat.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan