Kos tiket 5125 peserta MCYTT ditanggung kerajaan

SEPANG – Kerajaan bersetuju untuk membiayai tiket penerbangan ke China untuk 5,125 peserta Program Malaysia-China TVET Training (MCYTT) bagi menjalani latihan peningkatan kemahiran di beberapa institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) China.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut dilaksana selepas pihaknya dimaklumkan bahawa kos penerbangan ke sana sebelum ini perlu ditanggung oleh ibu bapa pelajar.

‘Saya dimaklumkan Pengerusi Malaysia-China Institute (MCI), Manndzri Nasib bahawa pelajar-pelajar pergi ke China belajar pada kali ini terpaksa mendapat pertolongan daripada ibu bapa untuk membeli tiket masing-masing.

“Insya-Allah dalam masa terdekat ini kita akan bayar balik, mana yang sudah pergi sebelum ini menggunakan tambang sendiri pun kita akan bayar sebahagian daripadanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelepasan Peserta Malaysia-China TVET Training (MCYTT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal Satu (KLIA 1), hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau optimis China akan menambah lebih banyak kuota bagi belia di negara ini bagi mendapatkan latihan jangka pendek dan panjang.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara memaklumkan, pada peringkat awal, hanya 3,125 peserta yang ditawarkan mendapat pendedahan di beberapa institusi TVET di China.

“Saya bersyukur kerana selepas kedatangan saya ke negara China (Julai lalu), pihak pemerintah China telah menambah 2,000 kuota menjadikan 5,125.

“Saya berterima kasih kepada TANG International Education (CHINA), wakilnya ada di sini, dan lain-lain institusi TVET di sana.Saya juga bertemu dengan 225 industri dan institusi TVET yang memberikan galakan kepada kita,” ujarnya.

MCYTT telah digerakkan lebih awal pada 2 Julai 2023 yang memfokuskan penghantaran bakat TVET dalam kalangan belia ke China menjalani latihan jangkamasa pendek, sederhana dan panjang dalam pelbagai bidang seperti Teknologi Electric Vehicle (EV), Solar, IOT, Al, Cyber Security dan banyak lagi.

Related Posts

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

PRESTASI Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang diunjurkan berkembang sekitar 5.3 peratus bagi suku pertama 2026 menunjukkan ekonomi negara masih berada pada landasan yang memberangsangkan. Pengarah Program MBA Putra…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia terus menggerakkan pendekatan diplomasi secara senyap bagi menangani cabaran geopolitik di Selat Hormuz, khususnya melibatkan sekatan ke atas kapal tangki bahan api milik negara. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil