Warga pendidik, AKP nadi kecemerlangan pendidikan luar bandar – Ahmad Johnie

SIBU – Sumbangan dan dedikasi warga pendidik serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) terus diiktiraf sebagai nadi utama dalam memacu kecemerlangan mutu pendidikan, khususnya di kawasan luar bandar.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, peranan golongan berkenaan bukan sekadar melunaskan tanggungjawab hakiki di institusi pendidikan, sebaliknya bertindak sebagai arkitek pembentukan generasi pelapis yang bakal membawa kemajuan kepada masyarakat setempat.

Menurut beliau, komitmen jitu warga pendidikan amat kritikal bagi memastikan kelangsungan akses pendidikan berkualiti dan pembangunan sahsiah yang seimbang untuk anak-anak di kawasan pedalaman.

“Setiap pencapaian yang diraih oleh warga pendidikan wajar dihargai kerana usaha dan komitmen mereka memberi kesan besar terhadap perkembangan pendidikan serta pembentukan generasi masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Penghargaan Pendidikan dan Majlis Sanjungan Budi, Kilauan Bakti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daro 2026 pada Ahad.

Pada majlis pengiktirafan berprestij tersebut, seramai 94 warga pendidikan menerima APC, manakala 35 orang pesara turut diraikan sebagai tanda penghormatan dan sanjungan atas khidmat bakti cemerlang mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.

Mengulas lanjut, Ahmad Johnie melahirkan harapan agar penganugerahan tersebut mampu menjadi suntikan semangat kepada seluruh ekosistem pendidikan PPD Daro untuk terus memperkukuh iltizam, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, serta memastikan agenda kecemerlangan pendidikan Igan kekal sebagai keutamaan.

Foto: Facebook Ahmad Johnie Zawawi

Related Posts

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

KINABATANGAN – Lebih 980,000 pokok telah ditanam di Kawasan Konservasi Sungai (Sg) Pin (SPnCA) sejak 2003 menerusi pelbagai usaha pemulihan dan kerjasama strategik dalam memelihara biodiversiti di kawasan berkenaan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

KOTA KINABALU – Kempen Kesedaran Vaskular anjuran Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) diharap dapat membantu orang ramai mengesan penyakit vaskular lebih awal bagi mengelakkan komplikasi yang lebih serius. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

Prestasi bekalan elektrik Sabah meningkat ketara selepas ambil alih kawal selia

Prestasi bekalan elektrik Sabah meningkat ketara selepas ambil alih kawal selia

Kemeriahan sukan air dan warisan komuniti sedia warnai Regatta Subis @ Niah 2026

Kemeriahan sukan air dan warisan komuniti sedia warnai Regatta Subis @ Niah 2026

Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

Kemelut Negeri Sembilan uji kemampuan parti bezakan politik, kerajaan dan institusi

Kemelut Negeri Sembilan uji kemampuan parti bezakan politik, kerajaan dan institusi