Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

MANCHESTER United terselamat daripada kekalahan selepas terikat 1-1 menentang Fulham hasil jaringan penyamaan lewat Matheus Cunha, namun tekanan terhadap pengurusnya, Michael Carrick semakin memuncak susulan satu lagi persembahan hambar skuad itu.

Skuad kendalian Carrick amat memerlukan kemenangan di Craven Cottage, namun akhirnya terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

United ketinggalan pada babak kedua menerusi gol sendiri Lisandro Martinez, yang tertampan bola ke gawang selepas Senne Lammens menyelamatkan percubaan Calvin Bassey.

Walaupun jaringan penyamaan Cunha pada saat-saat akhir menyelamatkan United daripada kekalahan ketiga berturut-turut, namun sebab untuk Carrick dan pasukannya meraikan keputusan itu.

United hanya meraih satu kemenangan dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris dan kini ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Mereka tewas tiga daripada tujuh perlawanan pertama dalam semua pertandingan musim ini dan memasuki rehat antarabangsa dengan Carrick menjadi perhatian serta menerima kritikan hebat.

Carrick menegaskan bahawa beliau tidak mengambil berat mengenai masa depannya di Old Trafford.

Namun, selepas kekalahan berturut-turut yang menyakitkan kepada Manchester City dan Brighton, keputusan berdepan Fulham sekali lagi menjadi tamparan kepada era kepimpinannya yang semakin goyah.

Related Posts

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

MANCHESTER City kembali menerajui Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan Sunderland 5-3 dalam aksi penuh dramatik di Stadium Etihad, malam tadi. Gol pertama Enzo Fernandez bersama kelab itu menjadi pencetus kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

REKOD sempurna Arsenal dalam semua pertandingan musim ini akhirnya lebur apabila juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dibelasah Brighton & Hove Albion 0-3 di Amex, malam tadi. Skuad kendalian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco