Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

BAYAN BARU – Program MADANI Kita (PMK) menjadi antara platform kerajaan untuk mendekati rakyat secara langsung menerusi pendekatan melihat, mendengar dan bertindak terhadap keperluan komuniti setempat.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan perkhidmatan serta manfaat kerajaan benar-benar sampai kepada masyarakat tanpa ada golongan yang tercicir.

Menurutnya, PMK bukan sekadar menghimpunkan agensi kerajaan, malah membuka ruang kepada pemimpin untuk turun menyantuni komuniti, mendengar sendiri suara rakyat serta memahami permasalahan yang mereka hadapi.

“Kerajaan melihat, kerajaan mendengar dan kerajaan bertindak dalam usaha menangani serta menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Inilah semangat yang ingin kita bawa melalui Program MADANI Kita,” katanya ketika berucap pada PMK Batu Maung@Bayan Baru di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara di sini, hari ini.

Mohd Hisyamuddin berkata, PMK merupakan penjenamaan semula Program MADANI Rakyat (PMR) dengan pendekatan yang lebih bersasar, berskala kecil serta diperluaskan ke seluruh negara.

Katanya, penganjuran di peringkat komuniti membolehkan pelbagai perkhidmatan kerajaan dibawa terus kepada rakyat termasuk inisiatif berkaitan kesihatan, kos sara hidup, pendidikan dan golongan belia.

Antara kemudahan disediakan ialah pemeriksaan serta konsultasi kesihatan percuma, Jualan Rahmah, Jualan Agro, Bakul Rahmah, MyDigital ID, pendaftaran Wang Tak Dituntut dan perkhidmatan berkaitan pendidikan.

Beliau berkata, golongan belia turut diberi ruang melalui penganjuran e-sukan, sukan rakyat, Liga Penalti dan beberapa aktiviti lain bagi menggalakkan mereka terlibat secara langsung dalam pembangunan komuniti.

Menurutnya, kerajaan mahu golongan muda bukan sekadar menjadi penerima manfaat, sebaliknya tampil sebagai rakan strategik dalam membangunkan komuniti dan negara.

Dalam pada itu, Mohd Hisyamuddin berkata, kejayaan PMK tidak seharusnya dinilai berdasarkan jumlah kehadiran semata-mata, sebaliknya sejauh mana masyarakat mendapat manfaat daripada perkhidmatan serta maklumat yang disediakan kerajaan.

Related Posts

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

KETUA Wanita PKR, Datuk Seri Fadhlina Sidek menegaskan jangan kerana perbezaan politik, ada pihak cuba menggambarkan keputusan tahanan rumah untuk Datuk Seri Najib Razak seolah-olah keputusan Perdana Menteri atau Pakatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

LIMBANG – Teluk Brunei berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penganjuran sukan air bertaraf antarabangsa sekali gus meletakkan kawasan utara Sarawak sebagai antara destinasi sukan air terkenal dunia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat