Rizab antarabangsa Bank Negara meningkat ke AS$119.7 bilion

PUTRAJAYA – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$119.7 bilion pada 30 September 2024 daripada AS$116.8 bilion pada 30 Ogos lalu.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek, kata bank pusat itu dalam kenyataannya hari ini.

BNM menyatakan paras rizab itu telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

Komponen utama rizab itu merangkumi rizab pertukaran asing (AS$106.8 bilion) dan diikuti dengan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bernilai AS$1.3 bilion, hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM601.33 bilion merangkumi emas dan rizab pertukaran asing termasuk SDR (RM491.63 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.58 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM5.26 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.57 bilion), tanah dan bangunan (RM4.10 bilion) serta aset-aset lain (RM62.18 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti berjumlah RM601.33 bilion terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM178.87 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.31 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM144.18 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM4.87 billion), deposit lain (RM64.96 bilion), kertas Bank Negara (RM12.19 bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion) dan liabiliti lain (RM3.60 bilion).

Related Posts

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) perlu disusun secara strategik bagi memastikan keselarasan dasar, kesiapsiagaan pelaksanaan dan keyakinan pelabur diperkukuh. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kemajuan JS-SEZ perlu dinilai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek PAKW perkukuh kesejahteraan warga kota

KUALA LUMPUR –  Ibu kota, Kuala Lumpur bakal melangkah lebih hampir menjadi bandar raya bertaraf dunia menerusi pelaksanaan beberapa inisiatif strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Perkara itu dibincangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

Pandangan Marina tidak gugat kempen PH

Pandangan Marina tidak gugat kempen PH