Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan sekadar urusan atau tuntutan tunggal masyarakat di wilayah Sabah dan Sarawak sebaliknya ia merupakan sebuah ‘Waad Nasional’ yang mesti direalisasikan bersama.

Berucap pada malam kemuncak Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu malam, beliau mengingatkan bahawa MA63 adalah satu ikrar, janji, dan tanggungjawab nasional yang telah disepakati oleh bapa-bapa pengasas negara.

“Jika ditanya tentang MA63, ia sangat dekat dengan ‘waad’. Kita sudah berjanji, bapa-bapa kita dahulu telah memutuskan untuk memperkuatkan ikatan ini.

“Saya telah tekankan bahawa dalam pimpinan saya, MA63 itu waad nasional, tanggungjawab nasional, dan mesti dijawab secara nasional. Selagi bicaranya itu (dianggap) sepihak, menyerah atau bersetuju, maka akan timbul ketegangan,” katanya.

Anwar menjelaskan, selagi rakyat dan sebahagian pemimpin dari Semenanjung melihat tuntutan tersebut sebagai masalah Sabah dan Sarawak semata-mata, negara tidak akan dapat menyelesaikan perkara itu secara tuntas.

“Tanah Melayu 1957, Malaysia 1963, itu waad kita. Janji yang dibuat oleh bapa-bapa kita, dan ia bukan suatu kata dua (ultimatum) daripada mana-mana pihak,” tegasnya lagi bagi melenyapkan pandangan sempit mengenai kesatuan negara.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT