Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, dalam operasi kira-kira jam 10 pagi itu, kumpulan terbabit mendirikan halangan dan membuat provokasi terhadap pasukan penguat kuasa yang menjalankan tugas.

Menurutnya, semua individu terlibat ditahan untuk siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Operasi penguatkuasaan dilakukan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 itu dijalankan penguat kuasa dari Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

“Turut serta dalam operasi itu penguat kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, Pasukan Gerakan Am dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara,” katanya melalui kenyataan, lewat malam tadi.

Zulkiflee juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak sahih atau sebarang maklumat salah hingga menimbulkan salah faham dan menganggu ketenteraman awam.

Terdahulu, tular rakaman video berkaitan insiden itu di media sosial, yang kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi warga internet.

Related Posts

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel