Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

MALÉ (MALDIVES) – Malaysia dan Maldives memperluas kerjasama dalam bidang strategik termasuk pertahanan dan hal ehwal Islam menerusi pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama berkenaan merangkumi bidang seperti keselamatan maritim, latihan, industri halal, wakaf dan haji.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara maritim, Maldives memberi perhatian terhadap kerjasama dalam aspek keselamatan dan latihan pertahanan.

“Maldives sangat mengambil berat soal halal serta kerjasama dalam latihan, dakwah, urus (hal ehwal) Muslim khususnya (berkaitan) wakaf, haji, kerjasama dan juga melihat ke dalam Malaysia,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada media Malaysia selepas selesai program rasmi di Pejabat Presiden Maldives di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu menyaksikan pertukaran dua dokumen kerjasama berkenaan.

Anwar berkata, kerjasama dalam hal ehwal Islam turut mempunyai potensi besar untuk diperkasa memandangkan Maldives adalah sebuah negara Islam.

Pada sidang media bersama selepas itu, Muizzu berkata, kedua-dua perjanjian berkenaan membuka ruang baharu kepada kerjasama praktikal, selain memperkukuh asas institusi hubungan dua hala Malaysia-Maldives.

“Hari ini kita turut menyaksikan pertukaran kerjasama baharu dalam dua bidang penting, iaitu pertahanan dan hal ehwal Islam.

“Perjanjian ini membuka ruang baharu bagi kerjasama secara praktikal dan terus memperkukuh asas institusi hubungan dua hala kedua-dua negara,” katanya.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Johari Abdul Ghani, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka dan Maldives, Badli Hisham Adam.

Perdana Menteri kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Maldives yang dijadual berakhir petang ini.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM