BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

KERALAM (INDIA) – Malaysia menyertai BRICS bukan untuk berdepan atau menentang mana-mana blok, sebaliknya mahu memainkan peranan dalam usaha membentuk sistem antarabangsa yang lebih adil dan demokratik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian itu tidak menjejaskan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Australia serta negara lain yang terus menjadi rakan penting Malaysia.

“BRICS atau ASEAN bukan bermaksud untuk menentang kumpulan (blok) lain, sebab itu kerjasama kita dengan EU, Amerika Syarikat, Australia, itu semua berterusan, tidak menghalang.

“Kita hanya menetapkan peraturan yang adil. Bagaimana kita bincang tentang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kita tak bicara tentang sistem itu, sistem yang dipersetujui tahun 1945 sudah usang, tidak adil dan tidak demokratik,” kata beliau kepada media Malaysia di Calicut, di sini, sebelum mengakhiri lawatan kerja di India, hari ini.

Anwar berkata, Malaysia tetap perlu mengekalkan hubungan dua hala yang baik dengan AS, namun pada masa sama negara mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan berhubung perkara yang berkepentingan kepada Malaysia, rantau dan masyarakat antarabangsa.

Beliau berkata, keperluan memperbaharui sistem antarabangsa turut meliputi institusi kewangan seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), yang perlu disemak supaya lebih mencerminkan keperluan serta realiti dunia semasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata, Malaysia menyokong usaha mengurangkan kebergantungan terhadap dolar AS dalam perdagangan antarabangsa, termasuk melalui penggunaan mata wang tempatan dalam urus niaga antara negara.

Mengenai hasrat Malaysia untuk menjadi anggota penuh BRICS, beliau berkata, permohonan keahlian penuh ketika ini tertakluk kepada moratorium.

Bagaimanapun katanya, status Malaysia sebagai negara rakan BRICS membolehkan negara mengambil bahagian dalam hampir semua aktiviti dan mekanisme kerja kumpulan berkenaan.

“Terdapat moratorium dari segi (permohonan) keahlian penuh. Namun mereka berbesar hati menerima Malaysia sebagai negara rakan pada peringkat awal lagi.

“Berdasarkan pemerhatian saya terhadap mekanisme kerja dalam BRICS, ia nampaknya tidak menghalang kita daripada menyertai hampir semua aktiviti, dan kita telahpun berbuat demikian,” kata Anwar.

Beliau berkata, sokongan yang diterima Malaysia sebagai negara rakan BRICS akan terus dimanfaatkan untuk memperluas kerjasama, khususnya dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Malaysia memegang status negara rakan BRICS sejak 1 Januari 2025 dan penyertaan Anwar dalam Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-18 di New Delhi adalah atas kapasiti berkenaan.

Anwar tiba di New Delhi pada Jumaat untuk menghadiri sidang kemuncak yang dihoskan Perdana Menteri India, Narendra Modi, selain menyampaikan ucapan pada sesi Kenyataan Negara bertemakan ‘Membentuk Masa Depan bagi Pertumbuhan Global yang Inklusif’.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan