Pameran Mini Hari Malaysia 2026: Semarakkan patriotisme, perkukuh keharmonian di Mukah

MUKAH – Penghayatan terhadap sambutan Hari Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas sebagai platform memahami sejarah, menghargai kepelbagaian, serta mengukuhkan semangat kebersamaan sebagai sebuah negara berdaulat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 memberi makna besar kepada Sarawak yang bertindak sebagai salah satu rakan pembentuk negara, sekali gus terpilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran Mini Hari Malaysia 2026 Peringkat Bahagian Mukah yang dianjurkan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Mukah dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Daerah Mukah serta Pejabat Residen Bahagian Mukah.

“Patriotisme perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian menerusi perkara asas seperti menghormati undang-undang, menjaga keharmonian, serta menghormati kepelbagaian agama dan budaya.

“Saya menyeru masyarakat Mukah supaya terus menghidupkan semangat cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sarawak di rumah, premis perniagaan, serta pejabat,” katanya.

Abdul Yakub menegaskan bahawa kemajuan yang dicapai di Mukah perlu bergerak seiring dengan peningkatan kualiti hidup serta keharmonian masyarakat daripada pelbagai lapisan.

Menurut beliau, perbezaan kaum, agama, dan budaya tidak seharus dijadikan penghalang untuk bekerjasama, sebaliknya perlu dimanfaatkan untuk mencari titik persamaan demi memperkukuh nilai saling menghormati.

“Kita mahu melihat semangat patriotisme ini terpancar melalui sikap dan tindakan rakyat yang bertanggungjawab demi memastikan pembangunan negara dilaksanakan secara seimbang dan inklusif,” jelasnya.

Majlis berkenaan turut dihadiri ADUN Tellian, Royston Valentine; Timbalan Residen Bahagian Mukah, Badjuri Bidin; Pegawai UKAS Bahagian Mukah, Hafizzul Abdul Halim; dan Pegawai Penerangan Daerah Mukah, Khalid Aini.

Related Posts

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

MIRI – Lebih 100 peserta menyertai sesi libat urus (Town Hall) bagi membincangkan cadangan penubuhan Zon Ekonomi Khas rentas sempadan Miri-Kuala Baram-Kuala Belait (MKBs-SEZ) yang melibatkan sempadan wilayah Sarawak dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

SIBU – Penghayatan mendalam terhadap sejarah pembentukan Malaysia amat penting bagi memastikan generasi masa kini terus memelihara asas keamanan, kestabilan dan perpaduan yang dikecapi negara sejak sekian lama. Residen Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR