Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

MIRI – Seorang lelaki maut akibat dihempap sebuah jentolak dalam satu insiden tragis yang berlaku di kawasan Long Seridan, Marudi pada Ahad.

Mangsa yang dikenali sebagai Mancha Lingan, 40, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Long Seridan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 2.08 petang. 

“Susulan itu, sepasukan empat anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I (PBK I), Erec Unyi segera digerakkan ke lapangan kejadian.

“Bagaimanapun, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tersebut terpaksa menempuh perjalanan yang amat mencabar sejauh 261 kilometer sebelum tiba pada jam 9.49 malam,” katanya.

Menurut JBPM, cabaran logistik itu berpunca daripada keadaan muka bumi dan jalan balak yang licin serta berlubang, selain anggota bomba terpaksa menyeberangi sungai dan meneruskan sisa perjalanan sejauh empat kilometer menerusi jalan darat yang sukar.

“Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapati mangsa masih tersepit di bawah jentera berat berkenaan. 

“Operasi menyelamatkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas termasuk kelengkapan kuasa penyelamat dan dua unit beg udara,” ujarnya.

Katanya, pasukan operasi turut dibantu oleh mekanik dari Syarikat Shin Yang yang menggunakan alat pemotong gas oksigen untuk memotong rantai roda jentolak bagi melancarkan proses tersebut.

Jelasnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan kaki kanan akhirnya berjaya dikeluarkan, namun tidak lagi menunjukkan sebarang tanda hidup.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Bantuan sebelum dibawa ke Hospital Marudi menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik Syarikat Shin Yang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi bersepadu yang turut membabitkan pekerja Kem Jalin serta petugas kesihatan tempatan itu berjaya dikawal pada jam 11.00 malam sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.22 malam.

Related Posts

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

LABUAN – Pergerakan Pemuda UPKO dan Pergerakan Generasi Muda UPKO Labuan membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang didakwa menyentuh isu kaum, agama dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

KOTA KINABALU – Penglibatan seramai 300 pelajar daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dalam persembahan khas dijangka memberi dimensi baharu kepada Sambutan Hari Malaysia peringkat Negeri Sabah, pada 16 September ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang