Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seruan itu disampaikan Anwar ketika mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, di Hotel The Oberoi, di sini hari ini, sempena Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-18.

Pertemuan kira-kira 20 minit itu turut memberi tumpuan kepada kesan perkembangan di Asia Barat terhadap keamanan dan kestabilan rantau, perdagangan global serta keselamatan tenaga.

Anwar menzahirkan kebimbangan Malaysia terhadap konflik dan peningkatan ketegangan yang berlaku di rantau berkenaan, sambil memberi peringatan bahawa perkembangan itu berpotensi membawa implikasi lebih besar terhadap kestabilan serantau dan ekonomi dunia.

Perdana Menteri turut menekankan keperluan memastikan kebebasan serta keselamatan maritim di Selat Hormuz terus terjamin, khususnya kerana laluan itu penting kepada pergerakan bekalan tenaga dunia.

Sehubungan itu, Anwar menyeru pihak yang terbabit supaya tidak membiarkan ketegangan berlarutan, sebaliknya kembali ke meja rundingan dan mengutamakan pendekatan diplomasi dalam menyelesaikan sebarang perbezaan.

Pertemuan berkenaan adalah pertemuan dua hala pertama Anwar pada pembukaan Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-18 di New Delhi.

Pada masa sama, kedua-dua pemimpin turut meneliti usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Iran yang sudah terjalin sejak sekian lama, termasuk kerjasama dalam bidang yang memberi kepentingan bersama.

Malaysia turut melihat keanggotaan dalam BRICS sebagai ruang untuk memperluas jaringan ekonomi dan diplomatik dengan negara pasaran membangun, termasuk melalui pengukuhan hubungan dengan Iran.

Dalam aspek perdagangan dan pelaburan, kedua-dua negara dijangka meneroka peluang baharu dalam sektor tenaga, pertanian, minyak sawit, jaminan makanan, ekonomi halal, teknologi serta pendidikan tinggi.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan serta anggota delegasi Malaysia turut menghadiri pertemuan itu.

Malaysia dan Iran sebelum ini sudah mengenal pasti beberapa bidang untuk memperluas kerjasama, termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan penyelidikan.

Related Posts

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

LATAR pendidikan undang-undang, pengalaman kepimpinan mahasiswa dan pencapaian dalam pertandingan pidato antarabangsa menjadi kelebihan calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

CALON muda yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin perlu diberi ruang untuk membuktikan kemampuan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA