Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

TAWAU – Kerajaan kini mempunyai pelan tindakan bagi menghadapi kemungkinan sekiranya berlaku kejadian jerebu pada penganjuran Sukan SEA akan datang.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Mordi Anak Bimol berkata, perkara itu sedang diberi perhatian bagi memastikan tahap kesiapsiagaan persiapan awal semua pihak.

“Persiapan untuk Sukan SEA sekarang ini berjalan dengan lancar dan tiada masalah.

“Cuma, ekoran daripada kejadian jerebu yang berlaku baru-baru ini, yang mungkin berlaku dalam lingkungan masa yang sama pada Sukan SEA akan datang, perancangan-perancangan sedang diambil dan diberi perhatian.

“Ini supaya jika berlaku jerebu ketika Sukan SEA pada tahun-tahun akan datang, kita sudah bersiap siaga. Itu yang paling penting, ” katanya kepada media pada Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2026 di padang SK Kuala Apas, pada Sabtu.

Menurut Mordi, persediaan dari segi fasiliti juga tidak menghadapi masalah dan berjalan lancar termasuk di Sarawak.

Katanya, selepas persiapan selesai, satu program percubaan atau test round akan dijalankan sebelum Sukan SEA sebenar diadakan.


Untuk rekod, Malaysia menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan SEA yang berlangsung pada 18 September hingga 29 September tahun hadapan.

Difahamkan, penganjuran temasya itu melibatkan empat kluster utama iaitu Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang, dan Johor.

Mengulas lanjut berkaitan KIBAR, Mordi menjelaskan ia bertujuan untuk menyantuni dan mendengar sendiri aspirasi golongan belia.

“Itu yang paling penting kerana kita percaya banyak idea daripada anak muda kadang-kadang tidak sampai kepada kerajaan.

“Kerajaan boleh melaksanakan pelbagai program, tetapi sekiranya program itu tidak sampai kepada rakyat, ia tidak akan mencapai matlamatnya, ” ujarnya.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Related Posts

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

SANDAKAN – Pemerkasaan wanita perlu dilihat secara menyeluruh dengan memberi perhatian terhadap aspek pendidikan, kesihatan, keselamatan, perlindungan serta peluang ekonomi bagi memastikan golongan itu terus menjadi pemacu pembangunan negeri. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

  • By Fandi
  • September 12, 2026
Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

  • By Fatin
  • September 12, 2026
Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

MADANI bukan sekadar slogan, fahami sejarah dan falsafahnya – Jufitri

MADANI bukan sekadar slogan, fahami sejarah dan falsafahnya – Jufitri