UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

Oleh: Fathi Aris Omar

ULASAN | Satu lagi bukti UMNO ego dan tidak sedar diri, ulangi naratif perasan Abang Besar. Sukar tunduk pada parti lain walau sudah terpaksa melutut.

UMNO melutut depan DAP sebab nak jadi MB (Menteri Besar) Perak dan Pahang. Melutut lagi depan PH (Pakatan Harapan) agar kes 47 pertuduhan tidak dapat diteruskan.

Tetapi kini besar kepala semula sebab menang di Johor dan Negeri Sembilan. Macam naik tocang menang Melaka PRN (pilihan raya negeri) 2021 dan Johor PRN 2022.

UMNO masih tidak sedar diri menang di Johor dan Negeri Sembilan itu berkat sokongan besar PAS.

UMNO sudah tiada kekuatan. Menang PRK (pilihan raya kecil) dan PRN 2023 bukan atas kekuatan sendiri tapi dukungan PH. Buka mata, UMNO sudah tidak dipandang.

Jangan seronok sangat dengan Pas dan Wawasan. Tiada lagi laluan mudah untuk UMNO. Kerusi sudah di tangan Pas dan PN, hasil PRU (pilihan raya umum) 2022. Sudah tepu.

Sebab apa? Sebab UMNO ego, salah percaturan, ingat sudah pulih daripada 2018 sebaik sahaja kuasai Melaka PRN 2021 dan Johor PRN 2022.

Akibatnya apa? UMNO merosot lebih teruk daripada 2018. Pada tahun itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Bersatu larikan undi UMNO.

Datang 2022, sekutunya PN dalam kerajaan tebuk atap TS (Tan Sri) Muhyiddin Yassin dan DS (Datuk Seri) Ismail Sabri Yaakob pula larikan undi UMNO ke kotak PN.

Sejak 2018 dan tebuk atap, seorang demi seorang tokoh utama UMNO diheret ke mahkamah. DS Najib Razak dipenjara. DS Zahid Hamidi ke mahkamah.

Nampak? UMNO nampak tak ni? Sedar tak?

Tiada sesiapa dalam Pas dan Bersatu simpati pada UMNO. Mereka teruskan sahaja pertuduhan yang dibuat zaman 22 bulan Dr Mahathir. Tiada konsesi.

PH beri DNA walau teruk dikecam penyokong.

Bertahun-tahun tewas, PRU demi PRU merosot teruk, UMNO masih lagi enggan tunduk pada parti lain: PN 2020-2022, PH 2022-2026 dan kini Pas-PN.

Masih rasa perkasa. Itulah inti ucapan DS Mohamad Hasan dan Zahid ketika PAU kali ini.

Malah sepanjang dua PRN termasuk kini Melaka.

UMNO masih perasan ia ada 21 kerusi di Melaka, macam PRN 2021. Padahal tinggal empat kerusi sahaja setahun kemudian, ketika PRU 2022.

Sebab itu susah berunding dengan Pas-PN di Melaka. Sebab UMNO tamak dan lupa diri. Tidak tengok rekod UMNO dari Perlis sampai ke Pahang dan Selangor pada PRU 2022 dan PRN 2023.

Mana lagi kekuatan UMNO? Mujur Pas-PN mahu bantu dalam kerjasama PN + BN. Tetapi Pas tidak mahu tolong UMNO. Pas mahu ambil kuasa UMNO.

Pas-PN hanya mahu ajak UMNO kalahkan PH, DS Anwar Ibrahim dan DAP sahaja. Itupun DAP tidak terjejas sangat. PKR terjejas teruk.

Di sinilah Pas nampak boleh peralatkan UMNO.

Pas-PN tahu UMNO sudah lemah, tersepit dan sukar pulih. Tapi Pas-PN tidak juga kuat, susah pergi solo. UMNO rasa begitu juga, sukar gerak solo.

Maka wujudlah ‘marriage of convenience’ kerjasama Melayu-Islam PN + BN. Untung Pas, untung UMNO.

Rugi PKR, Anwar dan PH. Tapi UMNO curiga pada Pas. UMNO takut Pas jadi Abang Besar pula!

Ini tabiat asasi UMNO, sukar tunduk pada orang, ‘over confident’, mahu gerak solo dan mendominasi. Macam zaman kehebatan sejak 1957 hingga 2004.

Sebab itu kerja UMNO sepanjang 2020 hingga 2022, hanya menekan Putrajaya agar adakan PRU segera.

Jika PM tidak mahu ikut cakap UMNO, ia lebih rela bubar DUN untuk ‘trigger’ PRU. Itulah asal-usul sejarah PRN Melaka 2021 dan Johor 2022. Faham?

Kini UMNO bawa lagak yang sama. Lepas PRN, desak PRU segera walau tempoh ada setahun lagi. Dahulu Ismail Sabri mangsanya, kini Anwar pula.

UMNO tidak serik-serik dan tidak mahu ambil iktibar. Akibat kegelojohannya, UMNO hilang kerusi pada 2022. Tinggal 26 kerusi daripada 54 pada 2018.

UMNO ingat buat awal dua PRN, ia boleh kembali berkuasa macam sebelum 2018. Rupa-rupanya hancur-sehancurnya. PH dan PN yang makin kuat.

Sebab apa? Sebab UMNO tidak belajar daripada Najib. Najib jadi macam tokong. Tiada silap dan dosa. Semua rasa Najib berjasa dan mesti bebas.

Eh, UMNO kau tahu di mana silap Najib hingga BN tumbang? Mari aku cerita. Dengar elok-elok ya.

Selepas UMNO kalah teruk pada 2008 (tinggal 79 daripada 109 pada 2004), Najib fikir UMNO perlu duit banyak untuk PRU 2013. Maka buat 1MDB.

Dr Mahathir sokong. Jho Low juga sokong. Tapi kau tahu berapa tambahan kerusi UMNO pada PRU 2013 dengan duit melimpah ruah itu? Sembilan saja

Tapi skandal meletup mulai 2015. Dr Mahathir tikam UMNO dari depan, Jho Low tikam dari belakang. Maka merosot dari 88 kepada 54 kerusi.

Silap Najib 2009 hingga 2018 diulang oleh Zahid pula antara 2020 hingga 2022. Nampak tak tu?

UMNO mungkin boleh buli Anwar macam ia pernah buli Muhyiddin dan Ismail Sabri. Tetapi ada kuasa di luar sana yang membuli UMNO

2018 – Dr Mahathir dan Bersatu

2022 – Muhyiddin, Pas dan PN

PRU 16 – kau fikir Pas tidak buli UMNO?

UMNO sendiri curiga pada PAS. Kau fikir PAS jujur?

Ada kesilapan ketiga UMNO, suka buat atau ikut retorika/naratif yang membelit diri sendiri. Pilihan politik jadi sempit. Kau tengok ini

2021 – Zahid jerit “no Bersatu, no Anwar, no DAP”. Sudahnya makan sumpah, pakat dengan DAP-PH

2026 – telan retorika Pas-PN pula: kerjasama Melayu-Islam dan tolak DAP. Sudahnya tiada pilihan lagi kecuali pakat dan terima ihsan Pas-PN.

Parti yang bijak tidak buat naratif / retorika bodoh yang hanya membataskan pilihan politik. Dalam suasana politik kacau-bilau dan tidak menentu, jangan sempitkan pilihan kerjasama. Faham?

*Penulis adalah aktivis, penulis buku dan sentiasa mengutarakan isu semasa di media sosialnya

Related Posts

Zahid tak puas hati, bangkit dalam Kabinet atau keluar kerajaan – Mahfuz

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu menggunakan ruang Kabinet untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap dasar Kerajaan MADANI, bukannya menjadikan pentas Perhimpunan Agung UMNO sebagai medan menyerang Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

NEW DELHI – Hubungan Malaysia-Rusia diperkukuh dengan beberapa kerjasama bagi merancakkan sektor pelancongan, perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Rusia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian setelah pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zahid tak puas hati, bangkit dalam Kabinet atau keluar kerajaan – Mahfuz

Zahid tak puas hati, bangkit dalam Kabinet atau keluar kerajaan – Mahfuz

Anak kandung disyaki terlibat dalam kematian ibu di Tambunan

  • By Ezmie
  • September 12, 2026
Anak kandung disyaki terlibat dalam kematian ibu di Tambunan

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut