MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum laporan syarikat pembangunan kecerdasan buatan (AI), Anthropic berhubung penyalahgunaan model AI Claude.

MCMC berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan berkenaan bukan sebahagian daripada fungsi atau mandat MCMC

“MCMC juga tidak terlibat dalam sebarang aktiviti atau urusan sebagaimana yang digambarkan dalam laporan tersebut,” menurut kenyataan itu pada Jumaat

Laporan Anthropic bertajuk Detecting and Countering Misuse of AI: September 2026 antara lain mendedahkan pelbagai percubaan penyalahgunaan model AI Claude bagi tujuan aktiviti siber dan operasi pengaruh.

Antara yang dilaporkan ialah operasi manipulasi pilihan raya yang menyasarkan Malaysia dan dikaitkan Anthropic dengan sebuah syarikat teknologi dari Turkiye, BBS Bilisim Teknolojileri.

Menurut laporan itu, operasi berkenaan didakwa menggunakan akaun palsu serta portal berita rekaan sebagai sebahagian daripada aktivitinya.

Suruhanjaya itu berkata, pihaknya kini mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut daripada pihak berkaitan bagi memastikan fakta sebenar selain memahami konteks isu yang dibangkitkan.

“Berdasarkan maklumat dan bukti yang diperoleh, MCMC akan menentukan tindakan susulan yang bersesuaian mengikut bidang kuasanya, termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan,” menurut kenyataan itu.

MCMC menegaskan usaha melindungi orang ramai serta menangani kemudaratan dalam talian kekal menjadi teras tanggungjawabnya.

“MCMC akan terus memelihara dan memastikan persekitaran dalam talian yang selamat dan dipercayai untuk rakyat Malaysia,” tambah kenyataan itu.

Related Posts

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

SHAH ALAM – Penggunaan istilah ‘Guru’ dan ‘Slayyy’ antara yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook malam tadi, dipercayai membalas secara berseloroh sindiran Timbalannya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

PENEGASAN Perdana Menteri supaya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diangkat sebagai sebahagian daripada naratif nasional perlu dilihat sebagai peluang untuk menilai semula kefahaman rakyat terhadap sejarah, asas pembentukan dan makna Malaysia.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez