Waspada penipuan guna teknik ‘deepfake’

PUTRAJAYA – Penipuan menggunakan penyebaran video dan imej palsu atau ‘deepfake’ dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) dengan menyamar menjadi tokoh tertentu semakin menjadi ‘trend’ di negara ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, masyarakat perlu berwaspada dengan taktik penipuan yang menyalahgunakan teknologi terkini ini.

“Kita sudah lihat penyalahgunaan teknologi AI ‘deepfake’ ini apabila wujudnya video menggunakan imej tokoh seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pelbagai pemimpin terkenal termasuk penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk memperdaya orang ramai.

“Jadi, apa pun kita mesti sahkan dahulu akaun (media sosial) tokoh ini sama ada rasmi atau sekadar akaun palsu yang cuba menyamar menjadi tokoh atau pemimpin berkenaan,” katanya selepas merasmikan Program Kita Madani Peringkat Negeri Perlis di Dewan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, hari ini.

Fahmi menegaskan, penyebaran maklumat salah atau tidak benar dalam talian berkemungkinan dilakukan individu yang mempunyai tujuan jahat.

“Mutakhir ini, kita lihat pelbagai video (menggunakan tokoh dan pemimpin tertentu) diedit untuk agenda tersembunyi dan pelakunya mungkin adalah seorang ‘scammer’ atau individu yang cuba mengambil kesempatan melalui situasi yang berlaku dengan menanamkan kecurigaan terhadap masyarakat,” katanya.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik