Pemuda UMNO sambut baik penyatuan ummah bersama Pas

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO menyambut baik usaha penyatuan ummah membabitkan UMNO dan Pas, yang dilihat sebagai peluang untuk menyatukan semula orang Melayu, sekali gus memperkukuh politik Melayu dan kestabilan negara.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Labuan, Yusrie Mohd Daud berkata, penyatuan ummah sudah lama dinantikan khususnya dalam kalangan orang Melayu yang selama ini berpecah belah.

Beliau berkata, usaha berkenaan merupakan peluang untuk orang Melayu kembali bersatu tanpa menjejaskan kepentingan kaum lain di negara ini.

“Penyatuan ummah ini memang telah ditunggu-tunggu, terutamanya orang-orang Melayu kerana selama ini kita sudah berpecah belah.

“Ini adalah satu peluang untuk kita bersatu semula untuk memperkuatkan lagi politik Melayu tanpa kita menjejaskan kaum-kaum lain,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) di sini, pada Rabu.

Yusrie berkata, sebagai ahli UMNO, beliau menyokong usaha berkenaan, namun sebarang keputusan di peringkat Persekutuan perlu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

Katanya, beliau yakin orang Melayu di luar turut menantikan keputusan pucuk pimpinan UMNO berhubung usaha penyatuan itu.

“Saya sangat menyokong dan mendukung usaha ini dan saya yakin orang-orang Melayu di luar juga tertunggu-tunggu sebenarnya keputusan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan UMNO,” katanya.

Mengulas kehadiran Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Yusrie menyifatkannya sebagai isyarat positif kepada usaha penyatuan ummah.

“Kehadiran Afnan, bagi saya satu isyarat yang positif kepada penyatuan ummah untuk kita di Malaysia ini.

“Alhamdulillah, itu melambangkan bahawa penyatuan ummah ini insya-Allah benar-benar akan berlaku kalau tidak ada aral melintang,” katanya.

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO Setiawangsa, Muhammad Nazeem Mohamed Nazari berkata, usaha penyatuan UMNO dan Pas perlu dilihat sebagai langkah menyatukan umat Islam, selain tidak seharusnya dicampuri pihak lain.

Beliau berkata, pihak tertentu sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh parti masing-masing dan menjaga kestabilan kerajaan, bukannya cuba memecahbelahkan hubungan UMNO dan Pas.

“Sebab inilah UMNO dan juga Pas, kita untuk orang Islam untuk bersatu sekali dan kita tak perlu pun nak masuk campur hal UMNO dan Pas.

“Jagalah kerajaan sendiri dan kita perlu membetulkan kita punya parti sendiri,” katanya.

Muhammad Nazeem turut menggesa Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mencampuri usaha penyatuan UMNO dan Pas.

“Janganlah sibuk kepada Pakatan Harapan nak memecahbelahkan UMNO dan juga Pas,” katanya.

Usaha penyatuan ummah itu turut mendapat sokongan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang sebelum ini menyifatkan penyatuan berkenaan sebagai agenda penting dalam memperkukuh dan menstabilkan negara.

Pada 3 September lalu, Akmal turut membawa 25 pimpinan Pemuda UMNO menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia Ke-67 di Kota Bharu sebagai tanda sokongan terhadap agenda penyatuan berkenaan.

Terbaharu hari ini, Akmal menegaskan Pemuda UMNO tidak akan berundur daripada mempertahankan agenda penyatuan ummah, sebaliknya akan terus memperkukuh usaha berkenaan.

Related Posts

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri menjawab persoalan berkaitan integriti dan beberapa isu yang didakwa masih belum mendapat penjelasan tuntas. Akmal berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO