Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada jam 8.30 pagi.

“Ya, saya boleh mengesahkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada jam 8.30 pagi,” katanya, seperti dilaporkan berita tempatan hari ini.

Bagaimanapun, Hannah enggan mengulas sama ada mesyuarat berkenaan akan membincangkan sebarang permohonan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah.

“Buat masa sekarang, saya hanya boleh mengesahkan bahawa mesyuarat akan diadakan esok,” katanya.

Mesyuarat berkenaan membabitkan Hannah selaku menteri yang bertanggungjawab, selain Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar serta tiga ahli yang dilantik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Untuk rekod, Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Pada Februari 2024, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan memutuskan untuk mengurangkan hukuman Najib kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta.

Pada Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Related Posts

Isu kesihatan mental perlu dipandang serius sebelum tangisan bertukar tragedi

KUALA LUMPUR – Keperluan agar isu kesihatan mental generasi muda diberi perhatian lebih awal sebelum tekanan yang dihadapi mereka membawa kepada tragedi. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azeez tidak disambung reman, dijangka bebas petang ini

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka dibebaskan selepas tempoh reman dua hari bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan pemberian hibah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama dengan PH bukan tiket kuasa pengampunan Agong boleh disentuh 

Kerjasama dengan PH bukan tiket kuasa pengampunan Agong boleh disentuh 

‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

Jangan abaikan ‘undi senyap’ anak muda, golongan itu perlu didekati

Jangan abaikan ‘undi senyap’ anak muda, golongan itu perlu didekati

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan